Friday 21 February 2014

amarah

assalamualaikum,

amarah itu api
api itu panas
api itu syaitan diciptakan darinya
dan amarah itu amatlah sakit rasanya

"sesungguhnya orang yang paling kuat adalah orang yang mampu menahan amarahnya"

kata kata ini aku baca dimana mana, ya, dan aku memang selalu saja pendam rasa itu, jarang aku lepas atau tunjuk amarah aku, tapi entah kenapa semalam, aku meletus, habis aku hempas pintu bilik kerana amarah merasuki jiwa, tubuh dan minda. perilaku aku bukan aku lagi. sungguh, aku tak pernah rasa semarah itu semalam. entah kenapa. tiba tiba. aku hampir saja mahu melanggar sahabat yang mahu masuk ke bilik, dan dia terkejut melihat aku tiba tiba terpacul keluar dari bilik menghempas buka pintu bilik hingga bunyi kuat terhasil dari pelanggaran pintu dan locker belakang pintu. aku rasa satu block boleh dengar bunyi hempasan pintu aku tu. hahaha, sorrylah kalau mengganggu tidur korang, ntah? malam tadi memang aku tak dapat kawal dah amarah aku. aku cuba sekuat hati nak tahan, sampai tangan aku menggeletar sebab geram sangat. biasanya dulu aku kalau terlampau marah aku akan menangis, sebab marah sangat, tapi kali ini aku marah sampai menggeletar tahan sebab aku marah dgn kawan baik sendiri. rumet sendiri. so, aku taknak kelihatan lemah depan dia, aku pun bengang, taknak tunjuk airmata aku yg mahal ni, so, aku keluar bilik, sambil hempas pintu, nak ambik wuduk, bajet boleh tenang balik lah? tak, masuk je bilik balik, terus rasa tu meruap2 tau, tangan menggeletar balik, aku tak tahan, keluar bilik. pergi jauh dari punca amarah. alhamdulillah. ada sahabat yg tenangkan aku, aku lari sekejap dari masalah.

ye, aku tahu kalau lari dari masalah memang tak akan menyelesaikan apa2, tapi kali ni aku tak sanggup nak berdepan atau face to face dgn kawan aku tu. sebab aku tahu, kalau aku pandang muka dia, lepaskan apa yang aku rasa dengan kata2, for sure i'll burst into tears sebab aku sakit hati sangattt! mulut dia non stop saying something i hate, i dont like, i dont agree. i really cant deal with it. the words, its painful. 

so, dalam masa lari dari masalah tu, tiba2 masalah tu yang kejar aku balik. well, biasalah tu, kalau lari memang xkan selesai, nak2 pulak dgn roomate sendiri.... aku mula2 memang taknak baca langsung mesej dia, matilah, amarah aku belum reda. few minutes later, aku lembut hati sikit, buka mesej dia, aku baca, satu satu, aku pun layankan jelah.... haha, nasib baik dia pandai ambil hati and pujuk aku balik. kalau tak, sorry lah, jangan harap aku nk maafkan dia, kata kata dia sup sup, tikam hati aku. adoi.... tajam wehhh baq hang! sabar jelah. hoho, aku pun masuk balik bilik.... malas nak layan or tgk muka dia sebenarnya, tapi nak dipikir2kan balik, hari2 aku hadap muka tu, nak taknak kena lah maafkan... hahahahhaha,,,, lawak lawak, insiden amarah aku meletus buat pertama kalinya di CFS IIUM, :P mesti korang x pernah sangka yang aku ni bom jangka kan??? heheh... ye, aku memang cenggini, aku suka simpan rasa. kalu dah fully charged, aku akan mengganas lah ... opsss~ hihi

aku rasa aku jadi macam ni sebab aku stress banyak projek final sem, and kebelakangan ni banyak masalah yang muncul kerap dan serentak dalam satu masa. oh..... 'indah' hidup ni... aku dah lama tak menangis sepuas hati. serious, last time aku menangis masa sakit dulu kot? hm, tapi sebab sakit memang tgh emosi tak betul kan? tindak tanduk tertahan, pergerakan terbatas, keinginan terhalang, sebab masa tu tgh berubat, haruslah kene pantang... hehe, but now, aku dah makin keras hati, astaghfirullah, aku semakin jarang menangis, mata aku naik kering airmata sebab lama dah aku tak menangis, aku selalu tahan rasa, sampai air mata pun dah merajuk nk keluar :P bukan apa, tapi once aku menangis, aku susah nak stop, and aku akan teresak2 plus tersedu sedu, macam budak2, so aku malu la nk nangis, ahahahaha~ hm, ape lagi yek? tu je kot..... so, faktor utama adalah keadaan sekeliling yang mencengkam dan menyebalkan.... hak hak hak~ 

ok lah, babai~ 

Saturday 15 February 2014

ED

Assalamualaikum...

ED, Environmental Design. 

Dah masuk 6 minggu aku belajar ED, dan tenaga pengajar aku selama ni adalah tenaga pengajar gantian/sementara. dan kini, dia bakal diganti. dia bakal pergi. dia bakal tidak mengajar kami lagi. 

....

...

..

.


6 minggu memang tempoh yang agak lama, namun agak singkat, dalam masa 6 minggu, kami dah selesai 2 project utk subjek ni. dan skrg dah masuk projek ke-3 dah. namun ada sesuatu yang harus bertukar ganti. tenaga pengajar itu sendiri. mengeluh berjuta kali pun takkan terubahkan kalau itu yang tertakdir. so.... hm.... nothing to say.

dalam tempoh 6 minggu macam2 dah terjadi, tawa, dusta, kecewa, bangga, suka, duka, gelak, tawa, gurau, senda, janji, lupa.... macam macam... kenangan semua. tak kurang ilmu yang banyak di timba, keikhlasan mengajar dan belajar memang membuahkan hasil. hasil ada yang puas hati ada yang tidak, tapi yang penting ilmu tu sampai. dapat pengisiannya. pengalaman dan nasihat yang tercurah amatlah dihargai. keikhlasan menyampaikan ilmu dan ajaran amat jelas bila lihat dia tak pernah penat, tak pernah kedekut, tak pernah bosan untuk kongsi pendapat, projek2 lepas, pengalaman study, dan macam2 lagi. 

tiadanya rasa ada jurang antara kami bila interaksi sesama sendiri dengan gaya bahasa yang mudah dan sempoi. mudah nak bertanya dan berbincang. rasa macam kawan sendiri, bukan tenaga pengajar, senang. interaksi yang senang. rasa senang. hmmm....

tiap2 kelas yang di ajar mesti akan di tunjuk satu satu bagaimana dan apa yang pernah dilakukan, perlu di lakukan, dan perlu di improve kan. dia tak pernah mengeluh, dia telus. kalau di matanya ia buruk, dikatanya buruk. kalau di matanya lawa, lawalah katanya, tak perlu nak berselindung di balik kata2. kata saja apa yang terlintas di jiwa. tak kesahlah mengguris hari ke, apa ke, janji kita terima. sebab dia lebih berpengalaman dari kita, dia guru, kita murid. dia suruh kita ikut. itulah mengajar dan belajar. ajar.

bantu, dia sangat ingin membantu anak didiknya, walau dia seorang guru, pendidik, namun dia sangat selesa membantu dalam apa jua jenis keadaan. masanya tetap di bahagikan demi anak didik walau ada masjid yang baru terbina dan perlu dijaga. kesibukan di pandang sebelah mata demi sebuah tugas yang di jalankan dengan kesungguhan, demi untuk membantu anak didik. demi sebuah tugas. 

dan kini, kami sudah cukup terharu, sudah cukup senang, sudah cukup sayang, dan perlu dilepas pergi. kalau sampai sini sajalah, maka, sampai situ sajalah, tak dapat nak buat apa apa lagi. tak terubahkan.

emis rengek lah, raunglah kuat manapun, kalau itulah yang tertulis, itulah yang terjadi. 

benda yang kita sayang, perlu kita lepas, agar biar ia terbang bebas, lihat ia bahagia, agar kita turut bahagia. sama sama

terimakasih, Bro. Piei