Saturday 29 March 2014

wake up girls!!!!

assalamualaikum,

teringin nak komen satu post kat FB status "eh, nampak dua bukit" kat gambar sorang saudari ni... ehemm.... die n kaum kerabat die mmg suke bebenor selfie and post gegambor selfie die kat fb, tak kesahlah kan... hidup die... but still, aku rimas lah tengok die bertudung, sebab better die tak payah bertudung if nak amik gambar selfie, dari pelbagai sudut, then pakai baju ketat, tudung sempang camtu je, nampak segala bukit bukau, gunung ganang, baju tu kadang2 xde lengan. and yang paling memedihkan mata is amik gambar tepi pantai lah, kat taman lah, dengan pakwe, panas lagi baca komen2 "sweet nye", "cantik lah awak ni", "comelnye" and stuff..... OMG! get me the hell out of hereee!!!!!!! rimas tau tak? nak scroll2 news feed pun menyampah, elok2 aku on9, nak ilang bosan, jadi sakit hati, Ya Allah,,,,,, aku tak tau lah die mmg nak tunjuk badan die ke ape ke, tapi kalau kau nak tunjuk badan kau yg cantik sangat sangat tu, baik tak payah pakai tudung saudari~~~ menjatuhkan maruah orang2 pakai tudung je, aku sebagai orang yg pakai tudung, terasa offended tau? ke nak aku ajar pakai tudung cemana??? ha??? kau umur dah berapa... x silap aku kita sebaya kan? OMG,  aku tak paham lah orang2 cam ni, diorang tak malu ke? tak malu dengan orang2 yg tengok gambar die pose camtu? nampak itu ini.... banyak pulak like sampai beratus ratus, beratus2 dosa die kutip and tanggung.... nauzubillah, aku tak paham dgn species orang macam ni. nak cakap straight berat pulak mulut ni karang tak pasal2 kene cap ini itu, aku post kat blog je lah, harap kau baca. tapi kau kan busy selfie sana sini, so, kemungkinan besar tak kot? penat lah hadap gambar2 yg menjatuhkan maruah perempuan / muslimah. elok2 aku bukak fb tadi, terus close kau tau? herrghhhh.... nasib baik lah kita ni bersaudara. ha, lagi satu, aku pelik lah, kau tak malu ke dengan orang ramai? kau tak fikir ke air muka family, mak ayah kau, ayah kau punyalah baik, berkopiah, mak kau pun lembutt je cakap dgn orang, pakai tudung, baik2 je orang2 dalam family kau, so pleasee la jangan jatuhkan air muka diorang.... kesian mak ayah kau, malu die, kalau kawan2 die tgk anak die camni. aku sedih bagi pihak mak ayah kau, kesian diorang. hmmm..... 

tolong lah bangun perempuan, janganlah tunjuk murah sangat harga diri anda, sampai boleh jadi tatapan mata setiap insan, tutuplah apa yang patut di tutup, jagalah apa yang patut di jaga, jangan tutup rambut je, yg lain semua kau dedah, baik bogel terus derr.... tolonglah bangkit, wake up! tak perlu rasanya nk post gambar camtu... hm...... mmg, mmg kubur lain2, tapi still, kitakan bersaudara, harap die sedar. aku tak kisah orang2 selfie, aku kisah kalau die selfie buat muka2 manja, menggoda, tudung atas kepala tapi baju ketat, tudung pakai tapi lengan tak tutup, ha.... ni aku kesah. sakit mata je tengok. ye, memang muka kau lawa sampai beratus2 like, tapi muke lawa tu bagi laki kau sorang jelah tengok, baru fresh terbaik dari ladang! tak lapuk org tgk, sikit je orang tau kecantikan kau tu, baru mahal namenye, susah nk jumpe, susah nk nampak, bukan merata2 boleh tengok muke kau.... badan kau, semualah! haih.... penat aku menaip membebel kat sini, hopefully sampai kat semua.... huhh..... malas dah nk berdalih, terus terang je aku kat sini, kau baca ke tak, biaq pi lah. ni pun dah azan, salam maghrib~

semoga kau berubah ke arah yang lebih baik, sama2 kita menjadi yg lebih baik dari semalam...

Friday 28 March 2014

krisis

assalamualaikum,

lama jugak aku tak update blog, sebab takde idea, last post aku pun pasal entah apa tu kan. hmm.... ni nak cite pasal krisis ni. banyak krisis yang berlaku sekeliling aku sekarng, yang paling ketara dan di alami seluruh penduduk selangor now is krisis air. huh......... susah takde air. serious susah. letrik takde ok lagi kot, just panas, panas pun, boleh kipas/ keluar cari angin. mandi kee.... tapi kalau air takde, nk mandi, basuh baju, masak, buang air, semua takboleh. boleh, cuma susah sikit le,,, nak buang air pun x selesa. bau lagi.... nak mandi? air takde.... nak solat? kene amik wudhu'... air jugak yg dipakainye.... basuh baju takyah nak citer lah time2 takde air gini.... pandai2 la pakai semula baju2 yang masih boleh di guna pakai selagi tak berbau... bau sangat barulah ganti baru.... kalau tak, mmg telanjang lah jawapnye.... baju tarak, air pun tarak, mau buat macam manaaa??? aiyo ma aiyo pa.... haihhh... susah susah... so selagi nikmat air tak ditarik tu, bersyukurlah .... bila dah susah macam ni baru kita sedar selama ni melimpah ruah nikmat kat sekeliling kita, ni baru satu nikmat Allah tarik, nikmat air baru, belum yang lain. hmmm.... aku pun tak paham kenapa negeri selangor je yang menghidap krisis ni... haha, menghidap pun boleh. ^.^'' hmmm, aku takk paham part tu jelah, tapi aku hanya dapat konklusikan selangor pnye penduduk ramai n makin bertambah populasinye, sungai kat selangor byk yg dah tercemar, so bekalan air bersih makin kurang, tapi haritu kata negeri lain nak bantu, tapi.... erghhhh.. entah lahhh! tak paham aku. hmm.... air oh air~ T_T air mata pun jadi lahh...

lagi satu krisis ni, pasal final year. nak final ni, makin berlambak kerja, project pun dah masuk final project and aku kene buat betul2 sebab grade aku turun habis sem ni. and aku takrasa aku boleh kekalkan CGPA aku utk sem ni. sebab GC aku... ED lagi, oh ya, tak mention ICT plak, dah la markah assignment 1 ICT aku 0. 0 okay!!! KOSONG!  ni semua pasal kerja last minute, kawan aku kata, coverlah dgn markah kuiz, still, kuiz aku tak hebat mana pun T_T aku taknak fail. tu je... ntah kenapa sem ni aku rasa semangat makin merudum, lebih2 lagi bila dapat tau carry mark GC, hancur harapan aku. ntah, aku rasa aku hilang fokus. sem2 lepas ok je aku boleh lagi la carry on. ni final sem pulak buat hal. aku pun tak tau nape aku jadi camni. sayang lah kalau CGPA jatuh.... aku nak try deans sampai habis blaja ni, bole la ade harapan nk biasiswa, aku taknak PTPTN... tapi kalau dah macam ni, dah la CGPA cukup makan je deans nye,, lainlah kalau aku pnye CGPA 3.8 ke... 3.9 ke.... aku nak main2 sem ni pun tak kesah.... ni takat 3.5, sekejapan je aku boleh lemas... tu dah takat hidung je tu, bawah sikit habis xleh bnapeh....aarggghhhhh..... cane lah aku nak .... haih...... ntah..... aku rasa nk berserah je boleh tak? aku penat lah nk fikir banyak2... and aku pun perasan yang perangai aku tak seceria dulu, humor n ketawa tu still ade lah, but its getting less and less...... bro Sam pun selalu tegur dalam studio, aku ni dah jarang senyum, habis tu dulu aku asik senyuuummmm memanjang ke? hurmmmm.... aneh... pelik pulak bile bayangkan aku masuk studio, senyum, aku duk wat keje senyum, aku nak g toilet,senyumm,, aku kemas2 barang, senyum, aku keluar studio pun senyummm....... macam orang gila dah tu.... bro Sam siap mengadu kat kwan2 aku lagi, sampai diorang pun turut cerita kat aku.... ehh, gitu sekali ke aku tak senyum? hmm.... mungkin lahh.... nak kata emosi, bukan, serious? ye kot.. maybe mase tu tengah serious, so, tak senyum lah... hmm.... ntah la, bukannye tak nak senyum, aku senyum je, but, aku tak dapat nak senyum n ketawa seikhlas sebelum ni, kalau benda tu lawak sangat pun, aku gelak gile sekejap je, patu dah.... senyum sikit2, then back to....... hahahahha, eh, ntah, aku rasa aku okay je? bro Sam je ttbe besar2 kan cite.... tapi aku mengakulah, aku makin lama makin kurang senyum, compare to sebelum2 ni. aku pun perasan jugak lah senyuman makin pudar kat muka aku, sebab bila aku fake smile dapat rasa otot tu jarang berfungsi lagi, rasa aneh senyum... hahaha, ape nak jadilah... ntah lee... ok lah, dah zohor ni... air takde, so kene tadahhhhh lame2 setitik setitik air nuu baru amik uduk,,, k lah, bai~ :) <---------fake smile hahaha :P

Thursday 6 March 2014

entah apa

penulis menulis ditulis
mengarang pengarang dikarang 

tulisan

boleh jadi indah , boleh jadi kotor, boleh jadi tajam, boleh jadi medium suatu persona . namun yang pasti ia bukanlah serungkai kata-kata. tulisan boleh di cambah dan diungkap sebagai kata-kata, namun ia bukanlah tulisan lagi jadinya. hanya ungkapan yang berasal dari tulisan. tulisan yang diungkapkan, diterbitkan dari lidah dan bibir persona si pengucap. 

tulisan kali ini segalanya spontan, mengalir lemah atau deras, ditaip satu satu apa yang terlintas ada dalam minda kepala, yang kosong, hanya dibaluti isi hati yang agak tak bermakna untuk di deklamasikan sebagai apa apa yang istimewa, hanya mencuba untuk merungkai lintasan minda yang wujud sebagai sebuah karangan yang harapnya dapat mencambah pulih baik sebuah penulisan yang amatur, tiada pernah mengarang sesuatu yang berversi ini. kesan pembacaan bahan bahan bacaan yang bertemakan dan berversi lebih kurang tulisan kali ini, mungkin itu yang menjangkit rasa ingin menulis, mungkin itu yang mencabar jemari menulis kali ini atau mungkin juga dek bosan menanti apa yang tidak persona pastikan, kala kesiangan yang dipelopori haba membahang, kala itu persona menjadi buntu lantas membuka sebuah mesin ribaan dan menaip spontan diatasnya, tanpa ada tajuk, tanpa tahu objektif, tanpa sekelumit rasa . hanya tiada, apa rasa? tak tahu. hanya menaip. haba.... menguasai kala ini.

lantas persona tiada tahu ingin membangkit timbul soal apa, ingin membincang tara tentang apa, tiada apanya diminda melainkan hari ini, hari khamis, lalu esok jumaat, sabtu dan ahad. dan dengan itu, cuti pertengahan semester sang persona turut kehabisan dan maka bermulalah kehidupan seorang pelajar ipt biasa yang mungkin boleh dikata seperti robot , atau mungkin tidak? persona sendiri tidak pasti apa yang dikata tadi. hanya jemari yang menguasai minda kala ini. salahkan haba kerana terlampau membahang, membunuh seribusatu idea yang tiada pernah terpacul. melenyapkan suatu yang tidak pernah ada. bayang bayang jirim yang tiada. apapun semua ini adalah dunia. fatamorgana. hidup dalam satu dimensi yang ada namun sementara, timbang tara untuk yang betul betul ada, lepas ini. sekarang? entah, tiada, tidak tahu. 

motif apa karangan panjang lebar yang dolak dalihnya pada perkara yang sama, namun isinya tiada, sedangkan keliling si persona bertimbun kerja yang perlu dikota, hanya diri ini yang melawan takdir, bukan, inilah takdir yang tertetap, persona menulis perkara yang dia sendiri tidak pasti, sedang kerja yang perlu di kota dibiar sepi, di kemas tepi, dipandang sunyi. kalau dirakam bunyi, cengkerik pun tiada bernyanyi, dek sepi seperti tahi. ah, sudah, abaikan.  jujur persona teruja jikalau masih ada manusia pembaca yang masih meneruskan pembacaan yang kosong masih pada perkataan yang ini. wow, maksudnya, pembaca juga kekosongan seperti persona, bukan kosong apa, lengang... masa lengang, masa senggang, kosong dari kerja. tiada perilaku apa. membaca. 

dan kini persona sedang memikir dan menimbang tara apakah patut tulisan kali ini dipamer ke dunia? adakah ia akan medatangkan kelebihan atau keburukan? persona yakin bahawa pembaca berhak memilih bahan bacaan masing masing. dan persona sangat benci sekali bila ada yang mengkritik tulisan seseorang sedangkan pembaca boleh pilih mahu meneruskan pembacaan atau tidak, dan jika rasa tak suka, diamkan sajalah, tak perlu nak menyuruh si penulis berhenti meluah seribu satu kata kata dalam bentuk tulisannya, sibuk cari kesalahan orang lain, kesalahan sendiri tiada pernah ditimbang tara. fikir dirinya hebat, sempurna? hah, jangan pernah kau anggap sebegitu, rasa itu hanya milik tuhan! rasa sempurna hanya hak-Nya! kau tak layak mengkritik. ok, kau layak mengkriktik. tapi, ahhhh, matilah. malas mahu membahas, membidas, seperti persona katakan tadi, tulisan kali ini saja saja. entah fakta entah auta. tiada perlu timbang tara siapa siapa kata ia betul atau salah. tiada. kerana karangan panjang lebar ini bermotifkan tiada, jadi tiada hairanlah jika tiada yang membaca tulisan kali ini. kerana ia tiada makna. tiada apa apa.