Thursday, 6 March 2014

entah apa

penulis menulis ditulis
mengarang pengarang dikarang 

tulisan

boleh jadi indah , boleh jadi kotor, boleh jadi tajam, boleh jadi medium suatu persona . namun yang pasti ia bukanlah serungkai kata-kata. tulisan boleh di cambah dan diungkap sebagai kata-kata, namun ia bukanlah tulisan lagi jadinya. hanya ungkapan yang berasal dari tulisan. tulisan yang diungkapkan, diterbitkan dari lidah dan bibir persona si pengucap. 

tulisan kali ini segalanya spontan, mengalir lemah atau deras, ditaip satu satu apa yang terlintas ada dalam minda kepala, yang kosong, hanya dibaluti isi hati yang agak tak bermakna untuk di deklamasikan sebagai apa apa yang istimewa, hanya mencuba untuk merungkai lintasan minda yang wujud sebagai sebuah karangan yang harapnya dapat mencambah pulih baik sebuah penulisan yang amatur, tiada pernah mengarang sesuatu yang berversi ini. kesan pembacaan bahan bahan bacaan yang bertemakan dan berversi lebih kurang tulisan kali ini, mungkin itu yang menjangkit rasa ingin menulis, mungkin itu yang mencabar jemari menulis kali ini atau mungkin juga dek bosan menanti apa yang tidak persona pastikan, kala kesiangan yang dipelopori haba membahang, kala itu persona menjadi buntu lantas membuka sebuah mesin ribaan dan menaip spontan diatasnya, tanpa ada tajuk, tanpa tahu objektif, tanpa sekelumit rasa . hanya tiada, apa rasa? tak tahu. hanya menaip. haba.... menguasai kala ini.

lantas persona tiada tahu ingin membangkit timbul soal apa, ingin membincang tara tentang apa, tiada apanya diminda melainkan hari ini, hari khamis, lalu esok jumaat, sabtu dan ahad. dan dengan itu, cuti pertengahan semester sang persona turut kehabisan dan maka bermulalah kehidupan seorang pelajar ipt biasa yang mungkin boleh dikata seperti robot , atau mungkin tidak? persona sendiri tidak pasti apa yang dikata tadi. hanya jemari yang menguasai minda kala ini. salahkan haba kerana terlampau membahang, membunuh seribusatu idea yang tiada pernah terpacul. melenyapkan suatu yang tidak pernah ada. bayang bayang jirim yang tiada. apapun semua ini adalah dunia. fatamorgana. hidup dalam satu dimensi yang ada namun sementara, timbang tara untuk yang betul betul ada, lepas ini. sekarang? entah, tiada, tidak tahu. 

motif apa karangan panjang lebar yang dolak dalihnya pada perkara yang sama, namun isinya tiada, sedangkan keliling si persona bertimbun kerja yang perlu dikota, hanya diri ini yang melawan takdir, bukan, inilah takdir yang tertetap, persona menulis perkara yang dia sendiri tidak pasti, sedang kerja yang perlu di kota dibiar sepi, di kemas tepi, dipandang sunyi. kalau dirakam bunyi, cengkerik pun tiada bernyanyi, dek sepi seperti tahi. ah, sudah, abaikan.  jujur persona teruja jikalau masih ada manusia pembaca yang masih meneruskan pembacaan yang kosong masih pada perkataan yang ini. wow, maksudnya, pembaca juga kekosongan seperti persona, bukan kosong apa, lengang... masa lengang, masa senggang, kosong dari kerja. tiada perilaku apa. membaca. 

dan kini persona sedang memikir dan menimbang tara apakah patut tulisan kali ini dipamer ke dunia? adakah ia akan medatangkan kelebihan atau keburukan? persona yakin bahawa pembaca berhak memilih bahan bacaan masing masing. dan persona sangat benci sekali bila ada yang mengkritik tulisan seseorang sedangkan pembaca boleh pilih mahu meneruskan pembacaan atau tidak, dan jika rasa tak suka, diamkan sajalah, tak perlu nak menyuruh si penulis berhenti meluah seribu satu kata kata dalam bentuk tulisannya, sibuk cari kesalahan orang lain, kesalahan sendiri tiada pernah ditimbang tara. fikir dirinya hebat, sempurna? hah, jangan pernah kau anggap sebegitu, rasa itu hanya milik tuhan! rasa sempurna hanya hak-Nya! kau tak layak mengkritik. ok, kau layak mengkriktik. tapi, ahhhh, matilah. malas mahu membahas, membidas, seperti persona katakan tadi, tulisan kali ini saja saja. entah fakta entah auta. tiada perlu timbang tara siapa siapa kata ia betul atau salah. tiada. kerana karangan panjang lebar ini bermotifkan tiada, jadi tiada hairanlah jika tiada yang membaca tulisan kali ini. kerana ia tiada makna. tiada apa apa. 

No comments:

Post a Comment