Monday, 23 February 2015

Topeng Manusia

Segulung ijazah kedoktoran berada dalam genggamannya. Dia kini secara rasminya seorang doktor perubatan lelaki yang bertauliah. Senyumnya hampir saja mencecah ke telinga. Rasa bangga tak terhingga saat tangan menyambut kemas sijil dari tangan si pemberi. Masa depan hidupnya bakal cerah. Ya, dia percaya akan itu.

.

Sedikit keterujaan terlihat di air mukanya. Garis bibirnya tertarik sedikit ke atas penanda senyum malap. Namun hatinya terlonjak kegembiraan. Kegembiraan yang tak terkata. Hanya ekspresi muka yang dikawal ketat agar tak ternampak. Dua garis merah jambu terpapar. Dia mengandung. Walau masih awal, tapi dia tahu dia sedang mengandungkan anak dari insan yang dicintainya. Soal haram halal di tolak tepi. Cinta itu yang pertama baginya tika ini. Ini berita gembira baginya. Dia inginkannya. Perkongsian yang membuah hasil. Dari dua cipta satu. Satu yang baru. Satu yang menjadi bukti ikatan cinta mereka. Di usap lembut abdomen bawah torso. Sambil khayalan menjengah minda.

“Ma, Akiff sayang mama!”

Tubuh kecil itu dirangkul kemas di pelukannya. Kepalanya diusap lembut. Dahi anak kecil itu dikucup.

“Mama pun sayang sangat sangat kat Akiff tau.” Katanya sambil tersenyum.

Khayalan yang menjengah terhenti tiba tiba. Penantian bas dari tadi berakhir. Langkah kakinya kemas menaiki atas bas. Perjalanan pulang yang biasanya sunyi hari ini terasa indah berbunga bunga dihiasi harapan indah. Senyum malap masih disembunyi.

.

Selangkah demi selangkah dia pijak berhati hati. Rapi. Itu harus dulu. Di capai anak kunci dari dasar beg tangan lalu dibuka kunci pintu rumahnya. Daun pintu ditolak perlahan. Cermat. Lampu dipasang. Dia melihat keadaan rumahnya bagai tongkang pecah. Rasa khuatir mula menyirap. Bingkai gambar    yang pecah berserakan atas lantai dijauhi, risau membelah kulit kaki. Kain langsir bertebaran koyak dan sofa yang tadinya kemas tersusun kini terbalik bagai ada yang menyelongkar mencari harta disebaliknya.

Jejaknya terhenti di dapur. Alangkah terkesimanya dia memandang sekujur tubuh yang terlihat seperti bangkai yang diratah haiwan terbujur dihadapannya. Rasa mual menguasai dengan imej yang terpapar depan mata dilengkapi aroma bau darah hanyir yang tepercik disekitar dinding dapur. Seolah olah dapurnya baru di cat dengan warna merah dengan cara paling artistik dan kreatif. Tubuh itu adalah lelaki. Berdasarkan baju kemeja dan seluar yang dipakainya. Cuma bajunya rabak di tengah menampakkan isi perut yang ditarik keluar. Ususnya melingkari disekitar tubuh seperti akar pohon yang mencari sumber air.

Wanita itu terjelepok di atas lantai. Sebelah tangannya menekup separuh mukanya dan sebelah lagi longlai tidak bermaya. Wajah lelaki itu dia kenali. Wajah bapa kandung anak yang sedang membesar dalam rahimnya.

.

“Hayati, saya nak awak gugurkan dia.” Mudah kata kata itu keluar dari lidahnya. Ekspresinya tenang dan serius.

“Tak, takkan.” Hayati tegas membangkang. Itulah tanda cinta mereka berdua. Tanda penyatuan cinta mereka. Cinta suci dari hati Hayati. Tak mungkin dia tegar membunuh impiannya itu.

“Kalau bukan awak, saya sendiri akan buang dia. Dia pun separuh saya, bukan awak saja. Ini muktamad, Hayati.”

Kemas langkah lelaki itu ke arah pintu. Daun pintu tak dihempas, ditutup rapi dan tenang, seperti bicara sebelumnya sedang berbincang ingin membeli barangan pasar di kedai. Hayati hanya mampu terkesima. Dia memegang rapi bahagian rahimnya. Sambil berbisik perlahan,

“Sayang, takkan.”

.

Anak kecil yang baru mengenal dunia sedang berlari mengejar buih sabun yang berterbangan ditiup pawana. Batu yang duduk diam tidak mengganggu mana mana hidupan disepak menyadung sepasang kaki kecil.

“Ma, tolong Akiff mama! Tolong Akiff!” anak kecil yang tersungkur atas jalan berbatu itu mula menangis. Lututnya berdarah bila mengenal geseran tar dan kulit. Wanita itu segera mendapatkan anaknya. Diangkatnya berdiri semula untuk melihat luka dikaki anak itu. Tiba tiba rasa marah pada jalan tar kerana mencederakan kaki comel milik anaknya. Ditiup perlahan luka tersebut dengan penuh kasih sayang.

“Akiff kena kuat tahu? Akiff kan lelaki. Lelaki mesti gagah, jangan menangis selalu tau. Nanti tak macho la sayang.” Pujuk si ibu menenangkan anaknya sambil membersihkan luka anaknya tadi.

Dia sebenarnya tak sampai hati melihat air mata yang bercucuran melimpahi wajah comel anak itu. Lantas menyapu lembut kering air matanya.

.

Lelaki itu masuk perlahan-lahan ke dalam rumah. Langkahnya teliti seperti ninja tidak mengeluarkan sebarang bunyi dari setiap pergerakan yang dilakukan. Picagari yang disimpan dalam poket seluar sebelah kirinya dicapai dan disuntik ke lengan wanita yang sedang tidur itu. Pantas. Dalam sekelip mata ubat diserap kedalam tubuh. Wanita yang disuntik itu bergerak sedikit menggaru-garu tempat suntikan tadi. Disangka mungkin nyamuk yang mengganggu tidurnya.

Ubat yang disuntik membuatkan kesan bius dan tidur yang lena sekali buat perempuan itu. Apa pun yang dilakukan kepadanya tidak disedari. Lelaki itu mengambil keluar sejenis alat yang tajam lantas membelah rahim wanita tersebut. Segala isinya dikeluarkan. Bersih dari semua isi yang asalnya menempel di sekitar dinding rahim. Wanita tadi mungkin sudah pengsan atau tidak sedar langsung dirinya dilakukan sebegitu. Tiada sebarang reaksi pun dari tubuhnya sepanjang proses itu berlaku. Segala kepakaran dan ilmu yang ada diguna pakai. Praktikal yang paling berjaya pernah dilakukannya setakat ini. Praktikal di kehidupan sebenar.
Kemas, rapi dan teliti. Kerjanya selesai

.

Rasa sukar sekali untuk dia bangun dari tidur pagi itu. Dia tidak mampu untuk bangun. Hanya mampu membuka mata sambil menahan rasa penat yang amat sangat. Dengan sekudrat tenaga, dia mencapai telefon bimbitnya di atas meja kopi bersebelahan dengan katilnya itu. Tarikhnya salah set barangkali. Tercepat seminggu. Tapi bila diperiksa sekali lagi, tetapan tarikh dan masa di telefon bimbitnya itu memang tiada salahnya. Dia terpinga. Seminggu dia tidur tanpa bangun? Tak mungkin.

Perbuatannya yang secara tiba tiba bingkas bangun mencetus rasa pedih dibahagian abdomen. Pergerakannya terhenti. Seribu satu rasa menjengah pantas akal dan fikiran. Minda memainkan peranan di tahap optimum dengan memproses segala data yang tersimpan. Bajunya diselak. Air mata tumpah tak berhenti. Segaris parut panjang tertoreh di perutnya. Suara jeritan tak terkeluar. Lutut terasa lemah untuk berdiri. Kecewa dan dendam menguasai.

.

Air matanya kering, tak tertumpah walau setitis. Sebelah lagi tangan yang menggenggam parang menolak diri bangun semula. Dia tersenyum puas. Senyum malap yang dilimpahi rasa puas. Tiada pun secebis sesal terpalit dihatinya.

Karyanya dibiar tak terusik untuk ditatap buat masa hadapan. Bagi rasa puas mengamati seni itu saat kala bosan nanti. 

.

Senyuman mengukir wajahnya. Tiada siapa ambil tahu lagi tentang kisah lama. Wajah suci dan senyuman manis itu menyembunyikan segala cerita. Wajah itu menyembunyikan seribu rasa. Wajah topeng yang paling hebat milik manusia.

Wednesday, 18 February 2015

masih aku

Aku sukar untuk menghadam sikap manusia yang sebenarnya. Bukan kenapa apa. Cuma rasa kurios yang melangit mencambahkan lagi keinginan untuk memahami. Terlalu jujur, mengundang masalah. Pendusta, haruslah bermasalah. Jadi sikap bagaimanakah yang harus di praktikkan sebenarnya? Sikap hipokritiskah? Jadi, amalan hidup yang hipokritis inilah yang seringkali diamali sebahagian besar insan yang bergelar manusia. Hipokritis, atau pun bermuka-muka. Tipu sunat? Jaga hati? Atau sememangnya hipokrit? Aku disini berbicara sebagai insan yang hipokrit kerana aku pernah menjadi ketiga-tiganya. Dan kemungkinan besar bukan pernah, tapi masih. Ketiga-tiganya yang terlalu jujur, pendusta dan yang bermuka-muka itu. Tapi senang aku imfasiskan disini yang aku lebih selesa menjadi yang terlalu jujur. Komentar-komentar yang pernah aku lemparkan dari soalan yang tercerna kebanyakkannya terlalu jujur hingga ada yang terasa hati. Namun apakan daya, memang inilah sikap yang terpraktik, sukar untuk diubah barangkali. Dicuba, namun tertahan atau terlihat akan kepalsuannya. Seringkali aku penat menjadi yang bukan sendiri. Menjadi yang bermuka-muka demi yang lain. Dan separuh masa lagi aku memang terpaksa menjadi itu kerana proses adaptasi objek/subjek sekeliling. Jujurnya, aku masih mencari sikap sebenar yang manakah aku amali selama ini? Ramai pernah berkata bahawa yang melihat lebih senang menilai dari yang punyai, jadi mungkin insan sekelilingku lebih mengenali diri ini dari diri sendiri? Mungkin ya, mungkin tidak. Jelasnya, Allah paling tahu. Jadi aku akan teruskan mencari. Mencari diri sendiri. Dengan menggunapakai pelbagai inisiatif yang mengundang peluang cerah untuk lebih memahami dan difahami. Bagi insan sekeliling, aku pohon terima aku seadanya, maaf jika berlebihan atau terkurangan. Kerana aku tahu aku tak sempurna. Dalam mencari kesempurnaan yang takkan terjumpa itu pastinya akan tercoret kecacatan dan celaan yang terparut. Mungkin juga parut abadi. Aku simpulkan itulah kehidupan. Pencarian. Dari kecil hingga ke tua kita mencari. Ilmu, harta, kemahiran, kebenaran. Ya. Mencari kebenaran disebalik topeng2 muka kepalsuan. Sukar. Itu yang dapat aku konklusikan. Sukar dicerna mana yang ikhlas, dan mana yang hipokrit. Dan aku selalu berharap. Dan akan terus berharap.

Sunday, 15 February 2015

hai

assalamualaikum,

hehe tibe2 terasa rajin pulak nak mengupdate blog. hmm,, dah dua minggu start sem2. dah 2 assignment studio dah submit. and just now baruu je dapat project 1st. mcm cepat gile je ... baru 2 minggu dah start project. its like what??? D:

hmm, for this 2 weeks rasanya okay lagi. bila dah settle satu satu assignment lega sikit, tapi masalahnye hari submit tu terus dapat kerja baru. rasa lega tu bertahan utk 5 minit je. pastu dah beratur balik kerja nk buat. 

for now, kerja yg kene selesaikan, 
   1. plant material- scrap book (cari 50 sample plant species) - bende ni aku buat kat rumah kot. KOT la.. sebab igtkn nak buat time cuti raya cina ni. 4 hari tu kutip la pokok2 tepi rumah, but then ttbe dapat pulak keje...ni
   2. Studio subject- Project 1 (base plan, project sendiri pikir nk propose ape, research n presentation board mcm biasa... -_- and aku tak tau isnin depan ni die nak tgk ape die, base plan ke, proposed project ke.. preliminary ke... and ape die tah yg atas maximum 2 A1... haaa.... ni akibat x tumpu dlm kelas, main game. sila contohi perangai saya, 
   3. history- search pasal french landscape, french landscape history etc. buat presentation n report. 
   4. Tilwah..hm.. hapal2 je kut
   5. and the others is comin up...
   6. oh, and the UNGS 2030 (the islamic worldview) class yang asik xde lecturer masuk je, dah nak masuk minggu ke 3 ni kalau x de gak xtau la. section lain dah dapat assignmt dah pun. - -'

and all these... yg paling cepat kene siap pun studio subject je la. submission tiap2 minggu nampaknye. mmg nak dera ke cane ni.

dah lama rasa tak balik rumah, eventhough nak masuk 3 minggu but still. mama cite paip dah repair. so Alhamdulillah la. cepat jugak Syabas buat kerje. ok la. kalau tak mmg haru la raya tahun ni xde air. lain2... xde bende kut. oh ye, assignment2 yg dah submit ni aku puas hati gak la dgn hasil kerja aku, but markah x berapa nk puas sbb cm kede je ... hm, 

aku tak tau ape yg bz sgt but muvi aku byk x tertengok lagi. sbb masa tgk asik tertido je, end up x tgk. muvi yg tgk aku. buku pun x habis baca. eh, bidadari buat syaitan habis la, sbb best gila okay. ma favourite. now in the middle of hangat tahi ayam, maybe sebab content dy ade yg agak heavy topik nye, pasal islam la, pasal melayu la, pasal politik la, thats why kut susah sikit nk digest, kene betul2 ade mud baru boleh layan. 

somehow aku rasa berat aku naik kut. kat rumah boleh control lagi. ntah, kat sini cm asik rajin pulak aku beli mknn. haih... takut pulak nak naik atas timbang balik nnt. now everything is getting better alhamdulillah, selsema pun dah better, kira proses adaptasi haritu dah better kut. 

project baru ni org dlm satu group ramai betul , sampai 9 org. mst ade yg bakal x buat keje kan. hmm, hopefully tak la, ade 2 senior yg xpernah bercakap dgn, so kalau dah satu group nnt bercakap la kan? haha.. time to get to know them better. yg lain ape lg eh? 

oh ye, audition tu aku tak tau la nk pegi ke tak. rasa eksaited tu cam dah takde pulak. maybe sebab aku dah simpan gitar kut. lama betul dah x main. simpan sebab dah berdebu dah die haritu. kesian die. sini dah la banyak habuk. debu, semua lah. aku lap die bersih2-bersih ke?._. -then simpan dlm beg dy, sandar la balik kat dinding tempat asal dy tu.. tangan x terasa gatal pun nak main. haaa satu lg nk cite, amalia, klasmate aku tuka aad. die main keyboard, x sure piano or just keyboard, baru je nk ajak die join band, die mcm nk masuk gamelan, ntah. aku mana2 pun ok je, kalau ada die bole la pegi sesama ke.. cane ke.. then ttbe dah tuka aad. senyap2 je pegi. patu tinggal note atas meja, oh, bukan note, more to contengan atas meja. ceh, vandalism betul ... same je cam ayie dulu, pergi bukan nk jumpa dulu ke ape. tinggal note patu pindah.. caitt.. tak kesah pun but just ttbe je blah... ~ mmg la boleh je jumpe lagi .. haha, xde bende pun sbnanye.. saje2 je nak mention2

ohye, rasa cam nak kereta sendiri. best pulak bawak kereta byk2 kali ni. heheh, tak banyak pun sebnanye, kdg2 je. hampeh. stakat ni kat rumah family x pernah lg dibawak oleh aku. means diorg x pernah lg la tgk aku bwk kete yg diorg naik, wait, along dgn ecah pernah, but tu sebelum dapat lesen. after dapat lesen tak. eh, along penah, haha. mama je la yg setakat ni mcm still x caye dgn aku. aku nk bawak die still x kasi. P dah nak habis dah bulan 5 ni. kata nak bagi aku bawak kalau P habis, ha,,, ni nnt P habis tgk, mama kasi bawak ke tak. manual dah bertaun lama rasanya x bawak. entah la cemana kalau bawak manual nnt. ade jugak suh baba carikan kalau ada kete auto yg murah under 5-4 ribu ke.. mama pernah cakap kalau ada kete 2 ribu nk belikan utk aku sbb mama kata die nk beli moto 2 ribu, utk die kut, along kata utk aku? ntah. moto since langgar kren tu aku x bawak2 dah. ._.
bukan takut ke ape, ntah la. then suatu masa yang lalu, (time aku belum ada lesen) baba ada beli kete ni, kata kalau aku masuk uia(gombak) nnt aku bawak la kete tu g sana, mcm ala2 nk bagi pakai la. then few months later,masa kat cfs(masa ni baru dapat lesen kot-x masuk gombak lagi so xpayah la nk pakai kereta yg katanya nk diberi pakai tu kan, cfs je pun), jarang balik rumah time kat cfs, bile balik satu hari tu, tgk kete tu dah xde, lama jugak die dah x de baru aku perasan, then tanya la mama, mana pegi kete tu, baba dah jual kt org. ohhahahaha. kbye ,_,

baba lupa kut, xpelah. lagi pun besar sgt kete tu, kete sedan, ade bonet panjang, depan pun panjang, manual pulak, so xpelah. huhu.

so petang ni nk kene pegi site visit kat ict. (tadi masa dalam kelas semua dah eksaited ingtkn ict shah alam-padahal kuliyyah of ict, kihkihkih) kene panjat bukit, xde la tinggi mana pun. seblah mahallah je, tp x sure site die kat celah mana, madam kata kecik je site dy tadi, pergi ni nak cari measurement, site inventory, analysis tu semua, hmm.... then buat base plan die.  *mengeluh* 

dah la. banyak dah aku merepek meraban nih. blog ni macam tah pape je kan. lantak lah. dari x berupdate, lagi kesian. takpelah, tunggu bila aku ade idea bernas yg nak die perkata dan di perbincang nnt aku buat la post yg gempak2 ye. hehe. maybe GST? hmm.. xnak ah. tgu la gst blan 4 nnt cmne jadi dy, kalau cam harem, ha, then aku rajin nk update aku buat la. kalau tak baaai~ 

allritey then, see ya... daa~~~

Sunday, 8 February 2015

live in the moment

assalamualaikum,

people often said to live in the moment. means to enjoy the life at the moment. being there, body, mind and soul. because people nowdays has become more or less zombie like. jasad ada, jiwa xde. soul-less. takde jiwa. somehow, i've becoming one. but am trying on recovering. back. hopefully. ni semua sebab proses adaptasi masa. baru2 masuk kampus lepas cuti lama kan. jadual pun x teratur lagi.

tengok luar tingkap, nampak cahaya terang. lampu baru ke? oh bulan terang rupanya. terang sampai nampak silau. *well mata aku mmg silau pun, janji cahaya. silau lah jadinye* nampak tak betapa soul-less nye aku. bulan pun nak terkejut silau die. just sebab xde awan halang n bintang nampak clear. so jarang jumpa. biasa awan banyak. x nampak sangat terang die. heh. ape ni? mengarut banyak ni... jangan teruskan baca.

ni namenye buang masa banyak2. lebih2. assignment 50 peratus pun x sampai siap die. jangan nk berangan 50%, 25% pun belum tentu. dah tu tak buat2, main game, online tak ingat dunia. tido tak bangun2. self concious tak habis. ni muke dgn tgn naik bintik2 yg aku tak tau mana datang. risau jugak. hmm, kulit pun alergi masuk kampus. dah biasa kat rumah. terkejut kejap. harap kejap la. bintik, cepat hilang plis. ape die aku merapu ni? dah,

topik die, live in the moment. moment aku skang ni sgtlah pointless. (ke?) ntah. rasa cam tu kot? esok elok lah tu. hahakbai. ok. list down apa dalam kepala aku eh.
1. assignment
2. colour?
3. sketch T^T
4. bile nak siap bende ni
5. bile mud nak buat sampai siap nk datang
6. kenapa kulit naik bintik2?
7. kenapa banyak mengeluh ni.. sepak kang
8. aku x penah ade alergi seblom ni... why why
9. bile aku nak reti bersyukur
10. nak try band ke?
11. layak ke aku?
12. kalau x layak buat malu je. dah la baru setahun jagung main gitar
13. kering nye kulit aku
14. air kat sini buat aku sakit tekak
15. rindu mama
16. nak peluk mama
17. rumah T.T
18. bile nak kurus ni?
19. bile nak start buat keje ni?
20. duit mmg x suke aku eh?
21. omg, tahun ni aku dah 21? dehel
22. tuenye aku.
23. nape tgk org lain cam x membesar? diorang mmg awet mude eh
24. bersepahnye tempat aku
25. banyak betul habuk kat sini. tinggal sekejap dah berhabuk
26. senyapnye bilik ni. kipas je bunyi
27. bile aku nak habis menaip
28. cepat la sambung buat keje
29. hmm.....
30. mengarut

so, ni la life at the moment. bukan live. sbb x rasa cam live.

soklan : camne nak teruskan kehidupan?
jawap : bernafas

...

*facepalm,facewall,facetable,fliptable*
*run like mad*
kbye

Sunday, 5 October 2014

baru

assalamualaikum...

baru teringat yang aku ade blog, baru teringat yang aku dah lame tak update blog. baru je berape minggu masuk main campus kat gombak. hehe. tak lupa pun ade blog, saje buat2 lupa..  

ni pun tak tau nak post ape. bagi siape yang tertanya2 hows life in main campus? hmm.... biasa2 je. just kalau nak compare dengan cfs, gombak lagi luas, jalan jauh nak pegi mana2 facilities, nak keluar dari mahallah pun lame. padahal jarak mahallah dgn kuliyyah takde la jauh mana pun. tapi dah sebab mahallah tu ade satu je pintu masuk, and itulah satu2nye pintu yng ade utk keluar masuk. so kalau nak keluar, kene u-turn la lebih kurang. kalau buat lubang kat pagar and jambatan kecik lintas parit tepi mahallah tu mesti cepat sampai. heh. jalan dari bilik mahallah ke jalan besar pun dah makan masa 5minit. oh, btw, aku dduk tingkat EMPAT. takde lif, TANGGA provided la tapi... hahaa... dah berminggu2 aku duk naik turun tangga tu, tapi setiap kali sampai bilik mesti tercungap2 jugak. bile tah badan ni nak biasa, tak tercungap2 sampai bilik. KAED dengan mahallah dekat jugak la, kalau nak compare dengan kuliyyah lain. dari bilik boleh nampak Kuliyyah of Engineering, Kuliyyah of Architecture and Environmental Design betul2 seblah Engineering. bersambung pun block die. kafe kitorang dgn Engin kongsi. so kadang2 nampak la beberapa budak engin. walaupun sebnanye kafe tu dekat dgn kaed, tapi kat tepi siket,dah nama pun bangunan bersambung, mesti lah mana2 pun dekat jugak sbnanye... hahah...

so, kat main campus ni i'm taking degree in landscape architecture. kerja setakat ni banyak jugak la. baru masuk kelas first day dah bagi asignment. ceh. tapi okay la. takde la busy sangat, cume setiap kali deadline kene hantar kerja tu lah nak busy tu. kerja last minute :P haha. kalau buat dari awal no prob pun. siap boleh main2 lagi. khamis free, takde klas pun, isnin dgn jumaat je kelas pagi sampai petang. klas studio la tu. selasa dgn rabu tu kelas teori, tu pun pagi sampai tghari je. petang dah free. so, boleh la tahan... heheh. hmm..... 

bilik kat mahallah luas gila okay. luas gila gila, satu bilik tu ade 2 compartment, ade dinding pembahagi la kat tengah, bahagi kan bilik, satu compartment 2 orang, so, satu bilik 4 orang lah. and toilet kat tengah2 rumah, kongsi dgn bilik seblah. luas sebab locker die besaq baqhang, dua kali saiz locker cfs, kat cfs locker satu pintu je, sini 2 pintu, haha, bawah katil ade tempat simpan barang lagi, meja study pun besar, siap ade study lamp lagi. bagus2. drying yard pun boleh laa,,,, just laundry machine ade 2 je, tu pun satu tu macam rosak kot? ntah. oh ye, laundry machine tu 2 ketul tu je utk the WHOLE BLOCK. block f sume pakai laundry machine tu jelah.. memang tak ramai pun orang dalam satu block. memang tak penat pun nak angkut baju dari tingkat atas bawak turun kat mesin laundry. pastu tunggu stgah jam, angkut balik naik ats. dah la mahal. sekali basuh rm3. kat cfs rm2.50 je okay. mesin jenis yang same jugak -_- setakat ni baru dua kali aku masuh pakai mesen, tu pun sebab nak basuh selimut, towel sekali. baju banyak pun ye jgak. dah la haritu mesen tu telan duit. kuajaq toi. sabo jlah. drying yard okay je, tempat basuh pun xde masalah, oh, ade, banyak taik cicak, siyez! banyak sangat sampai busuk. pernah tak bau taik cicak basah fresh dari ladang? haa... camtu lah bau die. banyak giler taik cicak kalau tak sapu, mmg.... errgghhh~ bau die takyah citer la kan? kalau sapu die pegi tu takpe lagi, ni sapu2 takmau pegi, lekat laknat kat lantai. omaigoshh... so kitorang basuh lantai tu slalu lah... hmm.... roomate dapat roomate baru, sebab syaza dgn nada mmg dah janji duk skali, so dapat ain. guess what? die pun landscape okay... haha. landscape dah la sikit giler. 28 orang je... tak sangka pulak dapat kos same. kos same means satu kelas la. satu kelas ade 3 section, ain pun same section jugak.... berjodoh kot? muahahha. ain okay la... die mule2 tu cam awkward jugak, sebab die cam diam je. cakap bende pasal klas je... kalau tak diaaammm je. so rasa awkward la mule2. tapi lama2 okay dah. aman ape hidup. dapat roomate pendiam. tak kesah pun kite buat ape2. tak menyibuk nak cite itu ini. best la... aman hidup aku. hahaha... oh ye, ain ni jual cookies. kalau nak order, p la cari instagram Goola bakers, tak ingat Goola cookies ke Goola bakers. rasanya bakers, ntah, yg pastinye Goola la name die. sedap gak la, crunchy, just sometimes aku rasa masin2 siket cookies die. hhahaha.... haritu die offer orang rasa, then masa kat bilik ade lagi sikit (tapi banyak sebnanye) baki cookies yg die bagi rasa tu, die suh aku habis kan... hehehe... ain ni kurus gilaaa... tulang je kayh. die kurus sangat sampai aku ingatkan die ni tinggi, padahal sama tinggi aku je. tapi jari die nampak panjang la.. siyez, ibu jari die panjang giler. tapi bila aku ukur tapak tangan aku dgn die lebih kurang je panjang jari kitorang... sebab die kurus sangat kot.. ntah, but overall, aku suke la ain. die okay la. but aku suka nadia lagi la... heh

ape lagi?hmmm.... kiosk kat mahallah tak best lah. barang die tak banyak. btw kat uia ni payah betul nak cari coklat... cadbury mmg tak nampak la. T_T cadbury dah la sedap. tapi since ade babi tu kot takde dah... yang ade coklat tango la, coklat pelik2 yg aku tak pernah nampak... er...... hm. yeah. kafe die... burger die best, daging lagi besar dari roti. haha. murah je, rm2.40. okay la kafe die.. tapi tulah. kiosk takbest. nak kene jalan jauhh sampai masjid baru jumpa kiosk best. masjid jauh jugak la. mahallah kat tepi2 hujung2 hutan. masjid kat tengah2. azan pun sayup2 je dngar. haa... dapat imagine tak jauh die? haha... 

life as a landscape architecture student? better la compare dengan pure architecture, awal2 project dah kene buat model. bebudak applied arts design lagi lah, awal2 dah kene buat wau la, sculpture lah... gile ah. kitorang takat ni paling hebat pun buat artwork je, atas kanvas, painting. orang lain sume dah pakai kertas A2. kitorang je yg still pakai A3. heee... ape lagi ek? ntah la. hmm, skang ni tgh cuti midterm + raya haji. naik cuti ni la mcm2 nk kene hantar. adooi.. hmm, tu je kot bnde nak cite? taktau dah nak cite ape pun..

last but not least, doakan yg terbaik utk aku kat sini. doakan aku dapat scholarship T_T banyak weh duit nak pakai. ok, selamat hari raya aidiladha...

bai~

Tuesday, 15 July 2014

because we are family

assalamualaikum, 

satu benda aku nak cerita harini, pasal bebudak studio aku. studio 8. tapi kitorang duk studio 7? hehe... yup, studio kami 



ni la warga kru studio 8. yg duk studio 7. :) rindu 

hanya sebab ditakdirkan kitorang duk sestudio, kami jadi rapat. banyak betul kenangan yg jadi. susah nak lupa... kitorang dah macam adik beradik dah. mcm family. 

mahabbah day, barbeque tengah malam sampai pagi buta, suprise party utk bro piei, stay up the whole night kat studio siapkan projek ED, presentation, kene marah sama-sama, main wassap dalam kelas, bahan2 orang, main candid camera the whole studio, KFC, Wendys, wayang kat Mid, n yg paling aku tak boleh lupa , bile semua trgelak sama2 dalam studio TvT 

manis betul kenangan dengan korang. insyaAllah aku takkan lupa bebudak gempak studio sem3 aku ni. sampai bila2 

aku rasa sampai sekarang kitorang masih mcm family, bendaa2 random pun rasa nk kongsi, lintah la, bulan penuh la, kerja cikgu tadika la, kerja sula ayam la... hahaha. semua lah~ 

.

.




.




tak tau nk cakap ape lagi. 
















#missing all these time when we are together
#because we are family ;)

Monday, 14 July 2014

lari! kejar masa

assalamualaikum, 

salam ramadhan, :) dah berkurun aku tak update blog ni kan? hehe, bukan sebab apa, takde topik nak cakap. tak tahu nak cerita pasal apa. sebab tu la sunyi menyepi, huhu. bagi yang rajin follow feeds kat blog ni time kasih la ye, aku perasan kau, orang yang baca blog aku sejurus lepas aku update samting, publish je tgk dah ade yg seen. walaupun aku tak tahu sape kau, tapi aku sangat menghargai... hohohoho T^T 

dah separuh bulan ramadhan berlalu, separuh bulan lagi nak di tempuh sebelum syawal, hari raya, then, prepare2 utk majlis kahwin kakak aku, pastu masuk bulan september dah masuk uia balik. kejap betul masa berlalu, tapi tak boleh nk kejar dah... sebab tiap saat die berdetik, so just value the time sebaik2nye lah.... sekarang ni tengah risau nk cari sponsorship, hopefully adelah rezeki ... hmm, rutin harian aku sekarang tgh sibuk tolong2 buat kuih raya n kuih raya utk kenduri. mama kata nk jual sikit sebab kitorang buat banyak gile. kalau laku buat lah lagi utk kenduri nanti, lepas raya banyak lagi masa before kenduri, lagi pun x la penat nak jaga kalau dah raya, tak puasa, xla tergoda sangat dgn bau die bile tgh bakar kuih raya tu,, mcm bulan puasa ni... hahaha, bau je lah... jgn ngap masuk mulut sudah... :D 

siang tadi p cri baju raya... penat sungguh berjalan,, fuhh... panas terik! cari2 then berkenan kat baju ni, simple je, tapi aku suke la... ok la~ corak sama dgn mama, tapi warna lain, hmm, ape lagi nak cakap eh? oh ye, malas betul bila fikir nak masuk gombak dah.. haih, pikirkan stadi asasi pun dah separuh mati, ni nak sambung degree. omaigod, wish me luck... huhu, takut gak nak masuk gombak ni, takut tak boleh bawa. takut + malas pun ade gak, hehe... semalam aku kemas bilik, yang buat bersepah tu bukan apa, barang2 model, board project2 aku time asasi, aku nak buang je sume tu, matilah, buat sepah la... mmg la sayang, n orang lain sume simpan, even kawan aku yg dah kat gombak pun simpan, walaupun aku tanya die, katenye bende2 tu x guna kat gombak nnt, still, kalau aku simpan pun end up nk buat apa? sarang labah2? ish, tak kuasa aku, dah patah2 pun benda tu, kecuali batu ni ha... baling la dari gaung mana sekalipun, bangunan tinggi mana sekalipun, mesti camni gak rupenye,,, dumbell kuning aku ni ha... baling kat orang mau berdarah, baling kat anjing, mati anjing tu... hahaha konfem! 




kanvas aku lukis tu pun aku nk buang je, tapi mama suka la pulak, die gantung... hahahha adoi... kalau aku jumpa kanvas nnt ingat nk buat benda lawa sikit la, tade la comot cam aku buat utk projek1 ED hari tu... kalau jumpe la... kalau tak babai.... hehehe

kanvas yang comot : -.-



comot comot pun mama kata die suke corak die... hmmm... ade gak orang yg menghargai karya aku rupenye.. kah kah kah, aku pun tak menghargai menda ni, heh --,

and sekarang aku tengah gila duk main lagu ni pakai gitar sambil cube menghafal lirik die... 




tak masuk2. dulu aku duk hapal lirik lagu love sick-ft island tu ok plak, lancar plak sampai sekarang..ni tak dapat2 lirik die... setakat saranga saranga tu mmg la hapal. yg hanggul pekat tu, haih... x masuk2... tak tau la nape. xpe, aku try nanyi sampai hafal,, hehe.. gitar die sedap... tuan punye lagu pun encem... hik hik =v=


sore die sedap gile. susah betul nak ikut, lembut n lunak. yang video tu ofkos la cover kan? xsedap pun suara cover tu. lagu betul lagi hebat.. hoho

ceh, aku ingat sikit je bende aku nak merepek kat post kali ni, actually tak tau pun nak citer pasal apa, main taip je ape yg terlintas kat kepala, rasa nk cite.... pe lagi ah? tu je kot... hm... ok lah, selamat berpuasa n berbuka n bersahur n bertarawikh n berhari rayaaaa~~~ hahahah... in advance :P 

ok.. bye~~~