Friday 21 February 2014

amarah

assalamualaikum,

amarah itu api
api itu panas
api itu syaitan diciptakan darinya
dan amarah itu amatlah sakit rasanya

"sesungguhnya orang yang paling kuat adalah orang yang mampu menahan amarahnya"

kata kata ini aku baca dimana mana, ya, dan aku memang selalu saja pendam rasa itu, jarang aku lepas atau tunjuk amarah aku, tapi entah kenapa semalam, aku meletus, habis aku hempas pintu bilik kerana amarah merasuki jiwa, tubuh dan minda. perilaku aku bukan aku lagi. sungguh, aku tak pernah rasa semarah itu semalam. entah kenapa. tiba tiba. aku hampir saja mahu melanggar sahabat yang mahu masuk ke bilik, dan dia terkejut melihat aku tiba tiba terpacul keluar dari bilik menghempas buka pintu bilik hingga bunyi kuat terhasil dari pelanggaran pintu dan locker belakang pintu. aku rasa satu block boleh dengar bunyi hempasan pintu aku tu. hahaha, sorrylah kalau mengganggu tidur korang, ntah? malam tadi memang aku tak dapat kawal dah amarah aku. aku cuba sekuat hati nak tahan, sampai tangan aku menggeletar sebab geram sangat. biasanya dulu aku kalau terlampau marah aku akan menangis, sebab marah sangat, tapi kali ini aku marah sampai menggeletar tahan sebab aku marah dgn kawan baik sendiri. rumet sendiri. so, aku taknak kelihatan lemah depan dia, aku pun bengang, taknak tunjuk airmata aku yg mahal ni, so, aku keluar bilik, sambil hempas pintu, nak ambik wuduk, bajet boleh tenang balik lah? tak, masuk je bilik balik, terus rasa tu meruap2 tau, tangan menggeletar balik, aku tak tahan, keluar bilik. pergi jauh dari punca amarah. alhamdulillah. ada sahabat yg tenangkan aku, aku lari sekejap dari masalah.

ye, aku tahu kalau lari dari masalah memang tak akan menyelesaikan apa2, tapi kali ni aku tak sanggup nak berdepan atau face to face dgn kawan aku tu. sebab aku tahu, kalau aku pandang muka dia, lepaskan apa yang aku rasa dengan kata2, for sure i'll burst into tears sebab aku sakit hati sangattt! mulut dia non stop saying something i hate, i dont like, i dont agree. i really cant deal with it. the words, its painful. 

so, dalam masa lari dari masalah tu, tiba2 masalah tu yang kejar aku balik. well, biasalah tu, kalau lari memang xkan selesai, nak2 pulak dgn roomate sendiri.... aku mula2 memang taknak baca langsung mesej dia, matilah, amarah aku belum reda. few minutes later, aku lembut hati sikit, buka mesej dia, aku baca, satu satu, aku pun layankan jelah.... haha, nasib baik dia pandai ambil hati and pujuk aku balik. kalau tak, sorry lah, jangan harap aku nk maafkan dia, kata kata dia sup sup, tikam hati aku. adoi.... tajam wehhh baq hang! sabar jelah. hoho, aku pun masuk balik bilik.... malas nak layan or tgk muka dia sebenarnya, tapi nak dipikir2kan balik, hari2 aku hadap muka tu, nak taknak kena lah maafkan... hahahahhaha,,,, lawak lawak, insiden amarah aku meletus buat pertama kalinya di CFS IIUM, :P mesti korang x pernah sangka yang aku ni bom jangka kan??? heheh... ye, aku memang cenggini, aku suka simpan rasa. kalu dah fully charged, aku akan mengganas lah ... opsss~ hihi

aku rasa aku jadi macam ni sebab aku stress banyak projek final sem, and kebelakangan ni banyak masalah yang muncul kerap dan serentak dalam satu masa. oh..... 'indah' hidup ni... aku dah lama tak menangis sepuas hati. serious, last time aku menangis masa sakit dulu kot? hm, tapi sebab sakit memang tgh emosi tak betul kan? tindak tanduk tertahan, pergerakan terbatas, keinginan terhalang, sebab masa tu tgh berubat, haruslah kene pantang... hehe, but now, aku dah makin keras hati, astaghfirullah, aku semakin jarang menangis, mata aku naik kering airmata sebab lama dah aku tak menangis, aku selalu tahan rasa, sampai air mata pun dah merajuk nk keluar :P bukan apa, tapi once aku menangis, aku susah nak stop, and aku akan teresak2 plus tersedu sedu, macam budak2, so aku malu la nk nangis, ahahahaha~ hm, ape lagi yek? tu je kot..... so, faktor utama adalah keadaan sekeliling yang mencengkam dan menyebalkan.... hak hak hak~ 

ok lah, babai~ 

No comments:

Post a Comment