Thursday 13 August 2015

Post

Bismillah, assalamualaikum...

Atas sebab gaya hidup aku yang mmg mcm ni(zombie sukarela)(erm ermm cuke cyanggatt!!), akan ada satu phase in a month which ill troubled by insomnia and itll last for a week. And now is the second day of those weeks. 

Ehh, lel. 

I guess itll help if ure on assignment esp an important ones on due dates, but if ure not, its quite disturbing actually.

 But so what? Just a week�...

 Of headace and mood swings and awkwardness and weirdestearnest-est? (the fuck am I writing? Ugh.) *Oh, cont.* of shitty ness of.. un managedness. Haha.

 After those ness ness, ill rejuvenate back into a total pessimist and super perfectionist (somehow lazy at times)woman to reevaluate things. Uknew? When u get enough sleep, ull wake up early and contemplate ur life once again. And just realize that ure living in a mess. Hairs everywhere, the laundrys were piling up, and whole area is a mess, 
that rejuvenating moment was the best times for me, when ure trying to restart or renew ur mess with better. Cuz currently im in that mess, by mess, imean laziness.

 And the cause are less sleepiness. 
Due too? Lifestyle? Which is I think is quite unhealthy? 
Heh. It is actually. VERY. Unhealthy. Pffttt.

 Megi almost daily, lappy+phone screen almost 23h per day. Sleep, urm...2-3h per day? Heh. I don't care. Bye

Dari duk melanguk hadap siling bilik ni baik la aku update blog . kan??
Haha
Bende nak cite banyak. Tapi nak taip. Malas
Nk conclude averything in short, 

ugh.

Dah. Bye

Hahahaah.k. xlawak . yasmeen, kene pindah. Sbb die tuka kos so auto uia system buang die, and unfortunately, ade anonymous sign in comp. yasmeen.damn
Shit just fucked
Aku xnak. Ugh. Damnit

Xsaba nk start new sem
Sebab rindu
So, cuti sekadar buang waktu
Menanti tiba sem baru
Dalam 3 minggu
Tahu
Itu


Lagi?
Hmm. Wang
Tidak mungkin tidak. pernah kah cukup? 
Risau? Penyakit datang dari hati. Penyakit hati aku
Risau lawannya yakin saja

Oh, aku exam jumaat depan. Doakan guys
Thanks

I guess tu je kot
Oh, hope aku kuat sem depan. 21.5 ch/
*selfheadshot*
bye

Saturday 11 July 2015

aku ?

Kalau orang Tanya, siapa aku sebenarnya?

Aku pun xtahu nak jawab macam mana. Sebab aku pun masih mentah. Siapa aku?

Siapa aku nak jawab?

Tapi dalam hidup ni kita kena cuba. Cuba dan pelajari. Belajar dari kesilapan orang kata. Sebab tu ada jalan mudah dengan cara bertanya. Malu bertanya sesat jalan. Tapi kalau jalan tu dah nyata?

Aku rasa selama ni aku cuba lari dari kesilapan. Lari dari masa silam. Nak lupakan memang perlu masa. Time heals everything. It takes time.

Oh, one more thing, aku senang distracted or even affected dgn persekitaran. Nak endahkan rasa kesian. Tapi certain things memang patut dibiarkan. Kalau dah pecah mulut harap dirahsiakan. Sebab aib orang tak patut dihebohkan.

Aku nak minta maaf bagi mereka yang aku fitnah. Sangka buruk. Jahatnya aku. Itulah yang aku cuba lari dari selama ini. Tak nak perakui bayang2 dalam diri. Itu diri kau, itulah. Nak apa lagi? Nak lari dari diri sendiri? Oh, aku buat lawak. tersenyum sendiri.

Kecik2 dah memandai. Budak baru belajar nak katakan? Kehidupan adalah proses. Proses pembelajaran. Itulah tugas orang lebih tua, tegur. Hormati. Dan kita? ambil iktibar.

Dan aku seringkali risau. Risau apa yang bakal terjadi dekat diri sendiri.

Mama selalu pesan, rezeki masing2. Benda tu dah masuk pun dalam kepala. Rezeki masing2. Tapi sikap aku yang nyata salah ialah suka pertikai. JANGAN. Jangan banyak soal. Jangan pertikai. Sebab kita pun tak tahu. Sungguh. Aku rasa tak berjiwa dah kini.

Hanya harapan. Harapan pada DIA. 

Oh, mencari tenang. Bukan mudah

Sunday 14 June 2015

Lihat2 hati2

Hati2 kau di sana. Aku di sini selalu perhati. Selalu lihat2, selalu jenguk2. Hidup kau selamat. Hidup kau bebas, senang. Riak muka kau, tulis2 karang kau. Aku lihat. 

Sunyi? 

Mungkin. Tapi, tidak.

Senang? 

Pasti. Sebab aku senang lihat kau senang. 


Hati2, di sana... 

Kalau sunyi, khabar sini. 

Aku ada. 
Perhati ;)


Monday 4 May 2015

Cita & Impi

Pasakkan kaki pada tanah,
        Agar kau tetap berdiri
Talakan wajah pada langit,
        Agar kau lihat tinggi
Sematkan hati pada bumi,
        Agar kau tak lupa diri

kerna kau hanyalah Manusia


"Faith is something crucial for Hope. cuz without hope, we're empty"


boleh jika nak bercita2 melangit tinggi, cuma ingat batas kemampuan diri.


Dan bila tiba detik saat kau hampa,
renung kembali asal usulmu

Dari tanah kau tercipta, dari Tuhan kau impi cita

Wednesday 29 April 2015

maaf

Betullah kata orang. Orang tua2 kata semuanya betul.

Apa2 pun mintaklah nasihat ibu bapa, keluarga, orang2 yg lebih pengalaman dari kita. The thing is, mintak nasihat dekat orang yang betul.

Aku sedar. Aku dah berubah, dulu aku lain. Dulu aku rasa senang. Rasa tak terbeban. Rasa bebas. Sebab? Aku tak kongkong jiwa sendiri. Tak cari masalah.

Lepas tu aku sendiri cari masalah. Lepas tu rasa terbeban.

Dulu aku senang, buat baik, rasa lega. Hati rasa bahagia. Entah start bile, aku berubah.

I miss my old life, when I was so close with my mom. When I was so happy living in my family. When I was grateful with what I had. When I was myself. When I was not forced around.

The days I felt at peace. The days I felt at ease. I  can only just keep on praying and hope. and believe.

Tahu erti syukur. Maaf diri, aku zalim. Maaf jiwa. Maaf.

*mungkin aku rindu rumah*
*mungkin aku rindu suasana kat rumah*

*mungkin aku rindu mama,eh, bukan mungkin.memang*

Wednesday 11 March 2015

lepas tangan

Assalamualaikum, 

sejak akhir2 ni makin rajin pulak aku nak mengupdate blog, sebab banyak betul random thoughts yg singgah dalam lintasan minda. tapi singgah kejap2 jelah. cuma yang kali ini rasa macam boleh bahas sikit. Sikit. 

Sikap lepas tangan ataupun tak bertanggungjawab. bagi aku benda ni perangai yang tak bertamadun. tiada etika dalam pergaulan. tiada adab dalam muamalat seharian. sikap lepas tangan di mana tanggungjwab sendiri dilepas biar kepada orang lain tanpa ada sebarang rasa gusar dengan perkara yang pada asalnya menjadi tanggungjawab kita sendiri. lepas tangan ini macam biasa ada pro, ada cont. 

lepas tangan yang conts... contoh jadi dekat aku sendiri. masa group work assignment & dengan teman sendiri. rasanya aib orang takperlu nak dibesar2kan. cuma aku ingin emfasiskan peribahasa "habis madu sepah dibuang" . habis kau serap sedut nikmat sampai kau puas kau buang benda tu tepi jalan. contoh terdekat? sampah. elok sangat la buang sampah tepi2 jalan? dengan alasan "nanti makcik cleaner tak buat kerja" kepala bana die. kau pernah ke kerja sebagai pengutip sampah? kau pernah tak tengok tiap2 pagi waktu subuh tu makcik tu yang tolong asingkan segala sarap kau. sisa makanan basi, segala benda lah yang kau buang dalam tong tu, makcik cleaner tu lah yang hadap tiap2 pagi. kau ada fikir apa yang die rasa? kau ada fikir kehidupan seharian die? kau ada terdetik nak tolong tak? takde kan? malah kau lintas jeling makcik tu sebelah mata sambil menutup lubang penghidu kau dengan lengan baju. kau rasa apa makcik tu fikir masa tengah asingkan sampah? 

lepas tangan yang pro bila kita tahu masalah orang yang berat2 hingga kita pun turut stress dengan perkara tu sebab orang tu terlampau clingy, atau bahasa mudah, gedik. mengada, mintak pelempang. aku mudah rimas. maaf. tapi aku sedar, aku sendiri kadang kala perlukan pelukan hangat orang lain. perlukan usapan kasih sayang, perlukan tempat mengadu domba. ya, dan aku sendiri mudah benci dengan sikap gedik aku tu. cuba nak ubah, tapi tak boleh. hmmm... jadi, dalam perkara macam ni, orang yang terlampau bergantung hidup dan harapan dengan masusia ni akan mudah longlai, gugur, dan lesu bila tak dapat kasih sayang. ada masa aku boleh layan, ada masa aku jadi tegas, maaf. sebab aku pun ada masalah sendiri. 

tapi satu benda yang paling aku benci dengan diri sendiri ialah aku mudah rasa kesian. rasa tak sampai hati. itu. masalah utama aku. terlampau prihatin. penat jadi aku. serius penat. sendiri punya masalah tak selesai lagi, pergi cari gali masalah orang lain. hebat :/

jadi, kini aku ambil keputusan untuk lepas tangan, persetankan semua. sampai masa aku rasa macam dah nak mati, semua benda aku lepas pergi. 

dan kini, aku sendiri. buat kerja sendiri. 

wassalam

Saturday 28 February 2015

RT P.C @PendakwahCute

RT P.C @PendakwahCute
"Buat orang yang kita sayang gembira, itu bahagia."

Pernah aku sendiri falsafahkan :
  "benda yang kita sayang, perlu kita lepas, agar biar ia terbang bebas, lihat ia bahagia, agar kita turut bahagia. sama sama"

Siapa yang kita sayang sebenarnya? Diri kita? Orang luar? Keluarga? jadi, definisi bahagia pada setiap manusia barangkali boleh jadi berbeza beza. 

Ada orang yang sangat sayang akan dirinya sendiri. Mungkin lebih senang dikatakan pentingkan diri, atau selfish. Apa sahaja yang dilakukan, dirinya perlu diutamakan. Apa pun. Orang-orang seperti ini selalunya sangat yakin, -high confidence level- dan sentiasa merasakan dirinya betul. Mereka memiliki self-esteem yang tinggi. 

Ada orang yang sayangkan orang luar seperti kawan-kawan, kekasih mahupun binatang. Dan mereka yang dalam golongan ini selalunya ada rasa ingin memiliki. Ingin memiliki kawan-kawan tersebut, memiliki dalam definisi memilikkan mereka sebagai sahabatnya. Memiliki persahabatan yang ikhlas antara satu sama lain. Memiliki sahabat yang boleh dipercayai. Memiliki kepercayaan masing-masing.  Bagi yang sayangkan kekasih, kebanyakkannya ingin memiliki rasa sayang kekasihnya, atau bahasa mudah, hati kekasihnya. Memiliki hati masing-masing, terikat atas dasar cinta. Dan bagi mereka yang menyayangi binatang, pasti ada rasa ingin memiliki binatang tersebut atau ingin mengusap (memiliki ketuanan terhadap binatang tersebut) belai binatang yang disayanginya. 

Dan mereka yang menyayangi keluarga akan wujud rasa sayang disebabkan pertalian darah daging sendiri. Rasa sayang dan kasih yang semulajadi, tak perlu di pinta atau diingatkan, rasa itu memang semulajadi ada. Sayang akan keluarga sendiri. Sayang dari definisi ini pula lebih kepada rasa kasih, prihatin, memahami dan membantu. Dan ada kata "air yang dicincang tak akan putus". Begitulah dalamnya rasa kasih sayang antara keluarga.

Orang-orang yang tersenarai diatas atau pun yang tidak tersenarai memiliki definisi bahagia yang berlainan. Ada golongan yang merasa bahagia dan cukup hanya dengan diri sendiri. Ada yang akan bahgia apabila memiliki sesuatu dan ada yang merasa bahagia dengan membahagiakan orang lain. Kadang-kala, orang yang suka membahagiakan orang lain ini seringkali memendam derita dalam bahagia kerana mereka seringkali membahagiakan orang, namun, orang tidak membahagiakan mereka. 

Melainkan jika mereka memang ikhlas membahagiakan orang tersebut dan berasa bahagia dengan perkara itu. Ini dinamakan pengorbanan, Contoh terdekat ialah kasih ibu kepada anak. Seorang ibu merasa bahagia membesarkan anak kandungnya sendiri. Walaupun dalam derita menanggung sakit mengandung, melahirkan dan membesarkan. Dalam hati mereka, tiada sekalumit pun rasa benci pada anak mereka walaupun mereka menanggung sakit-sakit tersebut, malah bahagia pula melihat anak mereka membesar. 

Inilah penerangan bagi Tweet P.C @PendakwahCute di atas. Rasa bahagia yang wujud dengan membahagiakan orang lain. Rasa ini 100% kasih sayang yang ikhlas, lain sekali dengan rasa untuk memiliki. Bezakan rasa cinta dan ingin memiliki. Jika benar-benar ikhlas mencinta, tidak akan ada rasa resah jika cintanya tidak berbalas. Namun jika rasa cintanya itu atas dasar pemilikan dan dasar dunia, pasti orang itu akan merasa resah kerana tidak memiliki perhatian dan kasih sayang orang yang mereka cintai tersebut. Dalam sebut kata yang mudah, mengharapkan rasa cinta yang berbalas. 

Ya, dan itu lah bezanya antara cinta dan rasa ingin memiliki. 

Keikhlasan.

Assalamualaikum...

Monday 23 February 2015

Topeng Manusia

Segulung ijazah kedoktoran berada dalam genggamannya. Dia kini secara rasminya seorang doktor perubatan lelaki yang bertauliah. Senyumnya hampir saja mencecah ke telinga. Rasa bangga tak terhingga saat tangan menyambut kemas sijil dari tangan si pemberi. Masa depan hidupnya bakal cerah. Ya, dia percaya akan itu.

.

Sedikit keterujaan terlihat di air mukanya. Garis bibirnya tertarik sedikit ke atas penanda senyum malap. Namun hatinya terlonjak kegembiraan. Kegembiraan yang tak terkata. Hanya ekspresi muka yang dikawal ketat agar tak ternampak. Dua garis merah jambu terpapar. Dia mengandung. Walau masih awal, tapi dia tahu dia sedang mengandungkan anak dari insan yang dicintainya. Soal haram halal di tolak tepi. Cinta itu yang pertama baginya tika ini. Ini berita gembira baginya. Dia inginkannya. Perkongsian yang membuah hasil. Dari dua cipta satu. Satu yang baru. Satu yang menjadi bukti ikatan cinta mereka. Di usap lembut abdomen bawah torso. Sambil khayalan menjengah minda.

“Ma, Akiff sayang mama!”

Tubuh kecil itu dirangkul kemas di pelukannya. Kepalanya diusap lembut. Dahi anak kecil itu dikucup.

“Mama pun sayang sangat sangat kat Akiff tau.” Katanya sambil tersenyum.

Khayalan yang menjengah terhenti tiba tiba. Penantian bas dari tadi berakhir. Langkah kakinya kemas menaiki atas bas. Perjalanan pulang yang biasanya sunyi hari ini terasa indah berbunga bunga dihiasi harapan indah. Senyum malap masih disembunyi.

.

Selangkah demi selangkah dia pijak berhati hati. Rapi. Itu harus dulu. Di capai anak kunci dari dasar beg tangan lalu dibuka kunci pintu rumahnya. Daun pintu ditolak perlahan. Cermat. Lampu dipasang. Dia melihat keadaan rumahnya bagai tongkang pecah. Rasa khuatir mula menyirap. Bingkai gambar    yang pecah berserakan atas lantai dijauhi, risau membelah kulit kaki. Kain langsir bertebaran koyak dan sofa yang tadinya kemas tersusun kini terbalik bagai ada yang menyelongkar mencari harta disebaliknya.

Jejaknya terhenti di dapur. Alangkah terkesimanya dia memandang sekujur tubuh yang terlihat seperti bangkai yang diratah haiwan terbujur dihadapannya. Rasa mual menguasai dengan imej yang terpapar depan mata dilengkapi aroma bau darah hanyir yang tepercik disekitar dinding dapur. Seolah olah dapurnya baru di cat dengan warna merah dengan cara paling artistik dan kreatif. Tubuh itu adalah lelaki. Berdasarkan baju kemeja dan seluar yang dipakainya. Cuma bajunya rabak di tengah menampakkan isi perut yang ditarik keluar. Ususnya melingkari disekitar tubuh seperti akar pohon yang mencari sumber air.

Wanita itu terjelepok di atas lantai. Sebelah tangannya menekup separuh mukanya dan sebelah lagi longlai tidak bermaya. Wajah lelaki itu dia kenali. Wajah bapa kandung anak yang sedang membesar dalam rahimnya.

.

“Hayati, saya nak awak gugurkan dia.” Mudah kata kata itu keluar dari lidahnya. Ekspresinya tenang dan serius.

“Tak, takkan.” Hayati tegas membangkang. Itulah tanda cinta mereka berdua. Tanda penyatuan cinta mereka. Cinta suci dari hati Hayati. Tak mungkin dia tegar membunuh impiannya itu.

“Kalau bukan awak, saya sendiri akan buang dia. Dia pun separuh saya, bukan awak saja. Ini muktamad, Hayati.”

Kemas langkah lelaki itu ke arah pintu. Daun pintu tak dihempas, ditutup rapi dan tenang, seperti bicara sebelumnya sedang berbincang ingin membeli barangan pasar di kedai. Hayati hanya mampu terkesima. Dia memegang rapi bahagian rahimnya. Sambil berbisik perlahan,

“Sayang, takkan.”

.

Anak kecil yang baru mengenal dunia sedang berlari mengejar buih sabun yang berterbangan ditiup pawana. Batu yang duduk diam tidak mengganggu mana mana hidupan disepak menyadung sepasang kaki kecil.

“Ma, tolong Akiff mama! Tolong Akiff!” anak kecil yang tersungkur atas jalan berbatu itu mula menangis. Lututnya berdarah bila mengenal geseran tar dan kulit. Wanita itu segera mendapatkan anaknya. Diangkatnya berdiri semula untuk melihat luka dikaki anak itu. Tiba tiba rasa marah pada jalan tar kerana mencederakan kaki comel milik anaknya. Ditiup perlahan luka tersebut dengan penuh kasih sayang.

“Akiff kena kuat tahu? Akiff kan lelaki. Lelaki mesti gagah, jangan menangis selalu tau. Nanti tak macho la sayang.” Pujuk si ibu menenangkan anaknya sambil membersihkan luka anaknya tadi.

Dia sebenarnya tak sampai hati melihat air mata yang bercucuran melimpahi wajah comel anak itu. Lantas menyapu lembut kering air matanya.

.

Lelaki itu masuk perlahan-lahan ke dalam rumah. Langkahnya teliti seperti ninja tidak mengeluarkan sebarang bunyi dari setiap pergerakan yang dilakukan. Picagari yang disimpan dalam poket seluar sebelah kirinya dicapai dan disuntik ke lengan wanita yang sedang tidur itu. Pantas. Dalam sekelip mata ubat diserap kedalam tubuh. Wanita yang disuntik itu bergerak sedikit menggaru-garu tempat suntikan tadi. Disangka mungkin nyamuk yang mengganggu tidurnya.

Ubat yang disuntik membuatkan kesan bius dan tidur yang lena sekali buat perempuan itu. Apa pun yang dilakukan kepadanya tidak disedari. Lelaki itu mengambil keluar sejenis alat yang tajam lantas membelah rahim wanita tersebut. Segala isinya dikeluarkan. Bersih dari semua isi yang asalnya menempel di sekitar dinding rahim. Wanita tadi mungkin sudah pengsan atau tidak sedar langsung dirinya dilakukan sebegitu. Tiada sebarang reaksi pun dari tubuhnya sepanjang proses itu berlaku. Segala kepakaran dan ilmu yang ada diguna pakai. Praktikal yang paling berjaya pernah dilakukannya setakat ini. Praktikal di kehidupan sebenar.
Kemas, rapi dan teliti. Kerjanya selesai

.

Rasa sukar sekali untuk dia bangun dari tidur pagi itu. Dia tidak mampu untuk bangun. Hanya mampu membuka mata sambil menahan rasa penat yang amat sangat. Dengan sekudrat tenaga, dia mencapai telefon bimbitnya di atas meja kopi bersebelahan dengan katilnya itu. Tarikhnya salah set barangkali. Tercepat seminggu. Tapi bila diperiksa sekali lagi, tetapan tarikh dan masa di telefon bimbitnya itu memang tiada salahnya. Dia terpinga. Seminggu dia tidur tanpa bangun? Tak mungkin.

Perbuatannya yang secara tiba tiba bingkas bangun mencetus rasa pedih dibahagian abdomen. Pergerakannya terhenti. Seribu satu rasa menjengah pantas akal dan fikiran. Minda memainkan peranan di tahap optimum dengan memproses segala data yang tersimpan. Bajunya diselak. Air mata tumpah tak berhenti. Segaris parut panjang tertoreh di perutnya. Suara jeritan tak terkeluar. Lutut terasa lemah untuk berdiri. Kecewa dan dendam menguasai.

.

Air matanya kering, tak tertumpah walau setitis. Sebelah lagi tangan yang menggenggam parang menolak diri bangun semula. Dia tersenyum puas. Senyum malap yang dilimpahi rasa puas. Tiada pun secebis sesal terpalit dihatinya.

Karyanya dibiar tak terusik untuk ditatap buat masa hadapan. Bagi rasa puas mengamati seni itu saat kala bosan nanti. 

.

Senyuman mengukir wajahnya. Tiada siapa ambil tahu lagi tentang kisah lama. Wajah suci dan senyuman manis itu menyembunyikan segala cerita. Wajah itu menyembunyikan seribu rasa. Wajah topeng yang paling hebat milik manusia.

Wednesday 18 February 2015

masih aku

Aku sukar untuk menghadam sikap manusia yang sebenarnya. Bukan kenapa apa. Cuma rasa kurios yang melangit mencambahkan lagi keinginan untuk memahami. Terlalu jujur, mengundang masalah. Pendusta, haruslah bermasalah. Jadi sikap bagaimanakah yang harus di praktikkan sebenarnya? Sikap hipokritiskah? Jadi, amalan hidup yang hipokritis inilah yang seringkali diamali sebahagian besar insan yang bergelar manusia. Hipokritis, atau pun bermuka-muka. Tipu sunat? Jaga hati? Atau sememangnya hipokrit? Aku disini berbicara sebagai insan yang hipokrit kerana aku pernah menjadi ketiga-tiganya. Dan kemungkinan besar bukan pernah, tapi masih. Ketiga-tiganya yang terlalu jujur, pendusta dan yang bermuka-muka itu. Tapi senang aku imfasiskan disini yang aku lebih selesa menjadi yang terlalu jujur. Komentar-komentar yang pernah aku lemparkan dari soalan yang tercerna kebanyakkannya terlalu jujur hingga ada yang terasa hati. Namun apakan daya, memang inilah sikap yang terpraktik, sukar untuk diubah barangkali. Dicuba, namun tertahan atau terlihat akan kepalsuannya. Seringkali aku penat menjadi yang bukan sendiri. Menjadi yang bermuka-muka demi yang lain. Dan separuh masa lagi aku memang terpaksa menjadi itu kerana proses adaptasi objek/subjek sekeliling. Jujurnya, aku masih mencari sikap sebenar yang manakah aku amali selama ini? Ramai pernah berkata bahawa yang melihat lebih senang menilai dari yang punyai, jadi mungkin insan sekelilingku lebih mengenali diri ini dari diri sendiri? Mungkin ya, mungkin tidak. Jelasnya, Allah paling tahu. Jadi aku akan teruskan mencari. Mencari diri sendiri. Dengan menggunapakai pelbagai inisiatif yang mengundang peluang cerah untuk lebih memahami dan difahami. Bagi insan sekeliling, aku pohon terima aku seadanya, maaf jika berlebihan atau terkurangan. Kerana aku tahu aku tak sempurna. Dalam mencari kesempurnaan yang takkan terjumpa itu pastinya akan tercoret kecacatan dan celaan yang terparut. Mungkin juga parut abadi. Aku simpulkan itulah kehidupan. Pencarian. Dari kecil hingga ke tua kita mencari. Ilmu, harta, kemahiran, kebenaran. Ya. Mencari kebenaran disebalik topeng2 muka kepalsuan. Sukar. Itu yang dapat aku konklusikan. Sukar dicerna mana yang ikhlas, dan mana yang hipokrit. Dan aku selalu berharap. Dan akan terus berharap.

Sunday 15 February 2015

hai

assalamualaikum,

hehe tibe2 terasa rajin pulak nak mengupdate blog. hmm,, dah dua minggu start sem2. dah 2 assignment studio dah submit. and just now baruu je dapat project 1st. mcm cepat gile je ... baru 2 minggu dah start project. its like what??? D:

hmm, for this 2 weeks rasanya okay lagi. bila dah settle satu satu assignment lega sikit, tapi masalahnye hari submit tu terus dapat kerja baru. rasa lega tu bertahan utk 5 minit je. pastu dah beratur balik kerja nk buat. 

for now, kerja yg kene selesaikan, 
   1. plant material- scrap book (cari 50 sample plant species) - bende ni aku buat kat rumah kot. KOT la.. sebab igtkn nak buat time cuti raya cina ni. 4 hari tu kutip la pokok2 tepi rumah, but then ttbe dapat pulak keje...ni
   2. Studio subject- Project 1 (base plan, project sendiri pikir nk propose ape, research n presentation board mcm biasa... -_- and aku tak tau isnin depan ni die nak tgk ape die, base plan ke, proposed project ke.. preliminary ke... and ape die tah yg atas maximum 2 A1... haaa.... ni akibat x tumpu dlm kelas, main game. sila contohi perangai saya, 
   3. history- search pasal french landscape, french landscape history etc. buat presentation n report. 
   4. Tilwah..hm.. hapal2 je kut
   5. and the others is comin up...
   6. oh, and the UNGS 2030 (the islamic worldview) class yang asik xde lecturer masuk je, dah nak masuk minggu ke 3 ni kalau x de gak xtau la. section lain dah dapat assignmt dah pun. - -'

and all these... yg paling cepat kene siap pun studio subject je la. submission tiap2 minggu nampaknye. mmg nak dera ke cane ni.

dah lama rasa tak balik rumah, eventhough nak masuk 3 minggu but still. mama cite paip dah repair. so Alhamdulillah la. cepat jugak Syabas buat kerje. ok la. kalau tak mmg haru la raya tahun ni xde air. lain2... xde bende kut. oh ye, assignment2 yg dah submit ni aku puas hati gak la dgn hasil kerja aku, but markah x berapa nk puas sbb cm kede je ... hm, 

aku tak tau ape yg bz sgt but muvi aku byk x tertengok lagi. sbb masa tgk asik tertido je, end up x tgk. muvi yg tgk aku. buku pun x habis baca. eh, bidadari buat syaitan habis la, sbb best gila okay. ma favourite. now in the middle of hangat tahi ayam, maybe sebab content dy ade yg agak heavy topik nye, pasal islam la, pasal melayu la, pasal politik la, thats why kut susah sikit nk digest, kene betul2 ade mud baru boleh layan. 

somehow aku rasa berat aku naik kut. kat rumah boleh control lagi. ntah, kat sini cm asik rajin pulak aku beli mknn. haih... takut pulak nak naik atas timbang balik nnt. now everything is getting better alhamdulillah, selsema pun dah better, kira proses adaptasi haritu dah better kut. 

project baru ni org dlm satu group ramai betul , sampai 9 org. mst ade yg bakal x buat keje kan. hmm, hopefully tak la, ade 2 senior yg xpernah bercakap dgn, so kalau dah satu group nnt bercakap la kan? haha.. time to get to know them better. yg lain ape lg eh? 

oh ye, audition tu aku tak tau la nk pegi ke tak. rasa eksaited tu cam dah takde pulak. maybe sebab aku dah simpan gitar kut. lama betul dah x main. simpan sebab dah berdebu dah die haritu. kesian die. sini dah la banyak habuk. debu, semua lah. aku lap die bersih2-bersih ke?._. -then simpan dlm beg dy, sandar la balik kat dinding tempat asal dy tu.. tangan x terasa gatal pun nak main. haaa satu lg nk cite, amalia, klasmate aku tuka aad. die main keyboard, x sure piano or just keyboard, baru je nk ajak die join band, die mcm nk masuk gamelan, ntah. aku mana2 pun ok je, kalau ada die bole la pegi sesama ke.. cane ke.. then ttbe dah tuka aad. senyap2 je pegi. patu tinggal note atas meja, oh, bukan note, more to contengan atas meja. ceh, vandalism betul ... same je cam ayie dulu, pergi bukan nk jumpa dulu ke ape. tinggal note patu pindah.. caitt.. tak kesah pun but just ttbe je blah... ~ mmg la boleh je jumpe lagi .. haha, xde bende pun sbnanye.. saje2 je nak mention2

ohye, rasa cam nak kereta sendiri. best pulak bawak kereta byk2 kali ni. heheh, tak banyak pun sebnanye, kdg2 je. hampeh. stakat ni kat rumah family x pernah lg dibawak oleh aku. means diorg x pernah lg la tgk aku bwk kete yg diorg naik, wait, along dgn ecah pernah, but tu sebelum dapat lesen. after dapat lesen tak. eh, along penah, haha. mama je la yg setakat ni mcm still x caye dgn aku. aku nk bawak die still x kasi. P dah nak habis dah bulan 5 ni. kata nak bagi aku bawak kalau P habis, ha,,, ni nnt P habis tgk, mama kasi bawak ke tak. manual dah bertaun lama rasanya x bawak. entah la cemana kalau bawak manual nnt. ade jugak suh baba carikan kalau ada kete auto yg murah under 5-4 ribu ke.. mama pernah cakap kalau ada kete 2 ribu nk belikan utk aku sbb mama kata die nk beli moto 2 ribu, utk die kut, along kata utk aku? ntah. moto since langgar kren tu aku x bawak2 dah. ._.
bukan takut ke ape, ntah la. then suatu masa yang lalu, (time aku belum ada lesen) baba ada beli kete ni, kata kalau aku masuk uia(gombak) nnt aku bawak la kete tu g sana, mcm ala2 nk bagi pakai la. then few months later,masa kat cfs(masa ni baru dapat lesen kot-x masuk gombak lagi so xpayah la nk pakai kereta yg katanya nk diberi pakai tu kan, cfs je pun), jarang balik rumah time kat cfs, bile balik satu hari tu, tgk kete tu dah xde, lama jugak die dah x de baru aku perasan, then tanya la mama, mana pegi kete tu, baba dah jual kt org. ohhahahaha. kbye ,_,

baba lupa kut, xpelah. lagi pun besar sgt kete tu, kete sedan, ade bonet panjang, depan pun panjang, manual pulak, so xpelah. huhu.

so petang ni nk kene pegi site visit kat ict. (tadi masa dalam kelas semua dah eksaited ingtkn ict shah alam-padahal kuliyyah of ict, kihkihkih) kene panjat bukit, xde la tinggi mana pun. seblah mahallah je, tp x sure site die kat celah mana, madam kata kecik je site dy tadi, pergi ni nak cari measurement, site inventory, analysis tu semua, hmm.... then buat base plan die.  *mengeluh* 

dah la. banyak dah aku merepek meraban nih. blog ni macam tah pape je kan. lantak lah. dari x berupdate, lagi kesian. takpelah, tunggu bila aku ade idea bernas yg nak die perkata dan di perbincang nnt aku buat la post yg gempak2 ye. hehe. maybe GST? hmm.. xnak ah. tgu la gst blan 4 nnt cmne jadi dy, kalau cam harem, ha, then aku rajin nk update aku buat la. kalau tak baaai~ 

allritey then, see ya... daa~~~

Sunday 8 February 2015

live in the moment

assalamualaikum,

people often said to live in the moment. means to enjoy the life at the moment. being there, body, mind and soul. because people nowdays has become more or less zombie like. jasad ada, jiwa xde. soul-less. takde jiwa. somehow, i've becoming one. but am trying on recovering. back. hopefully. ni semua sebab proses adaptasi masa. baru2 masuk kampus lepas cuti lama kan. jadual pun x teratur lagi.

tengok luar tingkap, nampak cahaya terang. lampu baru ke? oh bulan terang rupanya. terang sampai nampak silau. *well mata aku mmg silau pun, janji cahaya. silau lah jadinye* nampak tak betapa soul-less nye aku. bulan pun nak terkejut silau die. just sebab xde awan halang n bintang nampak clear. so jarang jumpa. biasa awan banyak. x nampak sangat terang die. heh. ape ni? mengarut banyak ni... jangan teruskan baca.

ni namenye buang masa banyak2. lebih2. assignment 50 peratus pun x sampai siap die. jangan nk berangan 50%, 25% pun belum tentu. dah tu tak buat2, main game, online tak ingat dunia. tido tak bangun2. self concious tak habis. ni muke dgn tgn naik bintik2 yg aku tak tau mana datang. risau jugak. hmm, kulit pun alergi masuk kampus. dah biasa kat rumah. terkejut kejap. harap kejap la. bintik, cepat hilang plis. ape die aku merapu ni? dah,

topik die, live in the moment. moment aku skang ni sgtlah pointless. (ke?) ntah. rasa cam tu kot? esok elok lah tu. hahakbai. ok. list down apa dalam kepala aku eh.
1. assignment
2. colour?
3. sketch T^T
4. bile nak siap bende ni
5. bile mud nak buat sampai siap nk datang
6. kenapa kulit naik bintik2?
7. kenapa banyak mengeluh ni.. sepak kang
8. aku x penah ade alergi seblom ni... why why
9. bile aku nak reti bersyukur
10. nak try band ke?
11. layak ke aku?
12. kalau x layak buat malu je. dah la baru setahun jagung main gitar
13. kering nye kulit aku
14. air kat sini buat aku sakit tekak
15. rindu mama
16. nak peluk mama
17. rumah T.T
18. bile nak kurus ni?
19. bile nak start buat keje ni?
20. duit mmg x suke aku eh?
21. omg, tahun ni aku dah 21? dehel
22. tuenye aku.
23. nape tgk org lain cam x membesar? diorang mmg awet mude eh
24. bersepahnye tempat aku
25. banyak betul habuk kat sini. tinggal sekejap dah berhabuk
26. senyapnye bilik ni. kipas je bunyi
27. bile aku nak habis menaip
28. cepat la sambung buat keje
29. hmm.....
30. mengarut

so, ni la life at the moment. bukan live. sbb x rasa cam live.

soklan : camne nak teruskan kehidupan?
jawap : bernafas

...

*facepalm,facewall,facetable,fliptable*
*run like mad*
kbye