Wednesday 18 February 2015

masih aku

Aku sukar untuk menghadam sikap manusia yang sebenarnya. Bukan kenapa apa. Cuma rasa kurios yang melangit mencambahkan lagi keinginan untuk memahami. Terlalu jujur, mengundang masalah. Pendusta, haruslah bermasalah. Jadi sikap bagaimanakah yang harus di praktikkan sebenarnya? Sikap hipokritiskah? Jadi, amalan hidup yang hipokritis inilah yang seringkali diamali sebahagian besar insan yang bergelar manusia. Hipokritis, atau pun bermuka-muka. Tipu sunat? Jaga hati? Atau sememangnya hipokrit? Aku disini berbicara sebagai insan yang hipokrit kerana aku pernah menjadi ketiga-tiganya. Dan kemungkinan besar bukan pernah, tapi masih. Ketiga-tiganya yang terlalu jujur, pendusta dan yang bermuka-muka itu. Tapi senang aku imfasiskan disini yang aku lebih selesa menjadi yang terlalu jujur. Komentar-komentar yang pernah aku lemparkan dari soalan yang tercerna kebanyakkannya terlalu jujur hingga ada yang terasa hati. Namun apakan daya, memang inilah sikap yang terpraktik, sukar untuk diubah barangkali. Dicuba, namun tertahan atau terlihat akan kepalsuannya. Seringkali aku penat menjadi yang bukan sendiri. Menjadi yang bermuka-muka demi yang lain. Dan separuh masa lagi aku memang terpaksa menjadi itu kerana proses adaptasi objek/subjek sekeliling. Jujurnya, aku masih mencari sikap sebenar yang manakah aku amali selama ini? Ramai pernah berkata bahawa yang melihat lebih senang menilai dari yang punyai, jadi mungkin insan sekelilingku lebih mengenali diri ini dari diri sendiri? Mungkin ya, mungkin tidak. Jelasnya, Allah paling tahu. Jadi aku akan teruskan mencari. Mencari diri sendiri. Dengan menggunapakai pelbagai inisiatif yang mengundang peluang cerah untuk lebih memahami dan difahami. Bagi insan sekeliling, aku pohon terima aku seadanya, maaf jika berlebihan atau terkurangan. Kerana aku tahu aku tak sempurna. Dalam mencari kesempurnaan yang takkan terjumpa itu pastinya akan tercoret kecacatan dan celaan yang terparut. Mungkin juga parut abadi. Aku simpulkan itulah kehidupan. Pencarian. Dari kecil hingga ke tua kita mencari. Ilmu, harta, kemahiran, kebenaran. Ya. Mencari kebenaran disebalik topeng2 muka kepalsuan. Sukar. Itu yang dapat aku konklusikan. Sukar dicerna mana yang ikhlas, dan mana yang hipokrit. Dan aku selalu berharap. Dan akan terus berharap.

No comments:

Post a Comment