Monday 23 February 2015

Topeng Manusia

Segulung ijazah kedoktoran berada dalam genggamannya. Dia kini secara rasminya seorang doktor perubatan lelaki yang bertauliah. Senyumnya hampir saja mencecah ke telinga. Rasa bangga tak terhingga saat tangan menyambut kemas sijil dari tangan si pemberi. Masa depan hidupnya bakal cerah. Ya, dia percaya akan itu.

.

Sedikit keterujaan terlihat di air mukanya. Garis bibirnya tertarik sedikit ke atas penanda senyum malap. Namun hatinya terlonjak kegembiraan. Kegembiraan yang tak terkata. Hanya ekspresi muka yang dikawal ketat agar tak ternampak. Dua garis merah jambu terpapar. Dia mengandung. Walau masih awal, tapi dia tahu dia sedang mengandungkan anak dari insan yang dicintainya. Soal haram halal di tolak tepi. Cinta itu yang pertama baginya tika ini. Ini berita gembira baginya. Dia inginkannya. Perkongsian yang membuah hasil. Dari dua cipta satu. Satu yang baru. Satu yang menjadi bukti ikatan cinta mereka. Di usap lembut abdomen bawah torso. Sambil khayalan menjengah minda.

“Ma, Akiff sayang mama!”

Tubuh kecil itu dirangkul kemas di pelukannya. Kepalanya diusap lembut. Dahi anak kecil itu dikucup.

“Mama pun sayang sangat sangat kat Akiff tau.” Katanya sambil tersenyum.

Khayalan yang menjengah terhenti tiba tiba. Penantian bas dari tadi berakhir. Langkah kakinya kemas menaiki atas bas. Perjalanan pulang yang biasanya sunyi hari ini terasa indah berbunga bunga dihiasi harapan indah. Senyum malap masih disembunyi.

.

Selangkah demi selangkah dia pijak berhati hati. Rapi. Itu harus dulu. Di capai anak kunci dari dasar beg tangan lalu dibuka kunci pintu rumahnya. Daun pintu ditolak perlahan. Cermat. Lampu dipasang. Dia melihat keadaan rumahnya bagai tongkang pecah. Rasa khuatir mula menyirap. Bingkai gambar    yang pecah berserakan atas lantai dijauhi, risau membelah kulit kaki. Kain langsir bertebaran koyak dan sofa yang tadinya kemas tersusun kini terbalik bagai ada yang menyelongkar mencari harta disebaliknya.

Jejaknya terhenti di dapur. Alangkah terkesimanya dia memandang sekujur tubuh yang terlihat seperti bangkai yang diratah haiwan terbujur dihadapannya. Rasa mual menguasai dengan imej yang terpapar depan mata dilengkapi aroma bau darah hanyir yang tepercik disekitar dinding dapur. Seolah olah dapurnya baru di cat dengan warna merah dengan cara paling artistik dan kreatif. Tubuh itu adalah lelaki. Berdasarkan baju kemeja dan seluar yang dipakainya. Cuma bajunya rabak di tengah menampakkan isi perut yang ditarik keluar. Ususnya melingkari disekitar tubuh seperti akar pohon yang mencari sumber air.

Wanita itu terjelepok di atas lantai. Sebelah tangannya menekup separuh mukanya dan sebelah lagi longlai tidak bermaya. Wajah lelaki itu dia kenali. Wajah bapa kandung anak yang sedang membesar dalam rahimnya.

.

“Hayati, saya nak awak gugurkan dia.” Mudah kata kata itu keluar dari lidahnya. Ekspresinya tenang dan serius.

“Tak, takkan.” Hayati tegas membangkang. Itulah tanda cinta mereka berdua. Tanda penyatuan cinta mereka. Cinta suci dari hati Hayati. Tak mungkin dia tegar membunuh impiannya itu.

“Kalau bukan awak, saya sendiri akan buang dia. Dia pun separuh saya, bukan awak saja. Ini muktamad, Hayati.”

Kemas langkah lelaki itu ke arah pintu. Daun pintu tak dihempas, ditutup rapi dan tenang, seperti bicara sebelumnya sedang berbincang ingin membeli barangan pasar di kedai. Hayati hanya mampu terkesima. Dia memegang rapi bahagian rahimnya. Sambil berbisik perlahan,

“Sayang, takkan.”

.

Anak kecil yang baru mengenal dunia sedang berlari mengejar buih sabun yang berterbangan ditiup pawana. Batu yang duduk diam tidak mengganggu mana mana hidupan disepak menyadung sepasang kaki kecil.

“Ma, tolong Akiff mama! Tolong Akiff!” anak kecil yang tersungkur atas jalan berbatu itu mula menangis. Lututnya berdarah bila mengenal geseran tar dan kulit. Wanita itu segera mendapatkan anaknya. Diangkatnya berdiri semula untuk melihat luka dikaki anak itu. Tiba tiba rasa marah pada jalan tar kerana mencederakan kaki comel milik anaknya. Ditiup perlahan luka tersebut dengan penuh kasih sayang.

“Akiff kena kuat tahu? Akiff kan lelaki. Lelaki mesti gagah, jangan menangis selalu tau. Nanti tak macho la sayang.” Pujuk si ibu menenangkan anaknya sambil membersihkan luka anaknya tadi.

Dia sebenarnya tak sampai hati melihat air mata yang bercucuran melimpahi wajah comel anak itu. Lantas menyapu lembut kering air matanya.

.

Lelaki itu masuk perlahan-lahan ke dalam rumah. Langkahnya teliti seperti ninja tidak mengeluarkan sebarang bunyi dari setiap pergerakan yang dilakukan. Picagari yang disimpan dalam poket seluar sebelah kirinya dicapai dan disuntik ke lengan wanita yang sedang tidur itu. Pantas. Dalam sekelip mata ubat diserap kedalam tubuh. Wanita yang disuntik itu bergerak sedikit menggaru-garu tempat suntikan tadi. Disangka mungkin nyamuk yang mengganggu tidurnya.

Ubat yang disuntik membuatkan kesan bius dan tidur yang lena sekali buat perempuan itu. Apa pun yang dilakukan kepadanya tidak disedari. Lelaki itu mengambil keluar sejenis alat yang tajam lantas membelah rahim wanita tersebut. Segala isinya dikeluarkan. Bersih dari semua isi yang asalnya menempel di sekitar dinding rahim. Wanita tadi mungkin sudah pengsan atau tidak sedar langsung dirinya dilakukan sebegitu. Tiada sebarang reaksi pun dari tubuhnya sepanjang proses itu berlaku. Segala kepakaran dan ilmu yang ada diguna pakai. Praktikal yang paling berjaya pernah dilakukannya setakat ini. Praktikal di kehidupan sebenar.
Kemas, rapi dan teliti. Kerjanya selesai

.

Rasa sukar sekali untuk dia bangun dari tidur pagi itu. Dia tidak mampu untuk bangun. Hanya mampu membuka mata sambil menahan rasa penat yang amat sangat. Dengan sekudrat tenaga, dia mencapai telefon bimbitnya di atas meja kopi bersebelahan dengan katilnya itu. Tarikhnya salah set barangkali. Tercepat seminggu. Tapi bila diperiksa sekali lagi, tetapan tarikh dan masa di telefon bimbitnya itu memang tiada salahnya. Dia terpinga. Seminggu dia tidur tanpa bangun? Tak mungkin.

Perbuatannya yang secara tiba tiba bingkas bangun mencetus rasa pedih dibahagian abdomen. Pergerakannya terhenti. Seribu satu rasa menjengah pantas akal dan fikiran. Minda memainkan peranan di tahap optimum dengan memproses segala data yang tersimpan. Bajunya diselak. Air mata tumpah tak berhenti. Segaris parut panjang tertoreh di perutnya. Suara jeritan tak terkeluar. Lutut terasa lemah untuk berdiri. Kecewa dan dendam menguasai.

.

Air matanya kering, tak tertumpah walau setitis. Sebelah lagi tangan yang menggenggam parang menolak diri bangun semula. Dia tersenyum puas. Senyum malap yang dilimpahi rasa puas. Tiada pun secebis sesal terpalit dihatinya.

Karyanya dibiar tak terusik untuk ditatap buat masa hadapan. Bagi rasa puas mengamati seni itu saat kala bosan nanti. 

.

Senyuman mengukir wajahnya. Tiada siapa ambil tahu lagi tentang kisah lama. Wajah suci dan senyuman manis itu menyembunyikan segala cerita. Wajah itu menyembunyikan seribu rasa. Wajah topeng yang paling hebat milik manusia.

No comments:

Post a Comment