Saturday 28 February 2015

RT P.C @PendakwahCute

RT P.C @PendakwahCute
"Buat orang yang kita sayang gembira, itu bahagia."

Pernah aku sendiri falsafahkan :
  "benda yang kita sayang, perlu kita lepas, agar biar ia terbang bebas, lihat ia bahagia, agar kita turut bahagia. sama sama"

Siapa yang kita sayang sebenarnya? Diri kita? Orang luar? Keluarga? jadi, definisi bahagia pada setiap manusia barangkali boleh jadi berbeza beza. 

Ada orang yang sangat sayang akan dirinya sendiri. Mungkin lebih senang dikatakan pentingkan diri, atau selfish. Apa sahaja yang dilakukan, dirinya perlu diutamakan. Apa pun. Orang-orang seperti ini selalunya sangat yakin, -high confidence level- dan sentiasa merasakan dirinya betul. Mereka memiliki self-esteem yang tinggi. 

Ada orang yang sayangkan orang luar seperti kawan-kawan, kekasih mahupun binatang. Dan mereka yang dalam golongan ini selalunya ada rasa ingin memiliki. Ingin memiliki kawan-kawan tersebut, memiliki dalam definisi memilikkan mereka sebagai sahabatnya. Memiliki persahabatan yang ikhlas antara satu sama lain. Memiliki sahabat yang boleh dipercayai. Memiliki kepercayaan masing-masing.  Bagi yang sayangkan kekasih, kebanyakkannya ingin memiliki rasa sayang kekasihnya, atau bahasa mudah, hati kekasihnya. Memiliki hati masing-masing, terikat atas dasar cinta. Dan bagi mereka yang menyayangi binatang, pasti ada rasa ingin memiliki binatang tersebut atau ingin mengusap (memiliki ketuanan terhadap binatang tersebut) belai binatang yang disayanginya. 

Dan mereka yang menyayangi keluarga akan wujud rasa sayang disebabkan pertalian darah daging sendiri. Rasa sayang dan kasih yang semulajadi, tak perlu di pinta atau diingatkan, rasa itu memang semulajadi ada. Sayang akan keluarga sendiri. Sayang dari definisi ini pula lebih kepada rasa kasih, prihatin, memahami dan membantu. Dan ada kata "air yang dicincang tak akan putus". Begitulah dalamnya rasa kasih sayang antara keluarga.

Orang-orang yang tersenarai diatas atau pun yang tidak tersenarai memiliki definisi bahagia yang berlainan. Ada golongan yang merasa bahagia dan cukup hanya dengan diri sendiri. Ada yang akan bahgia apabila memiliki sesuatu dan ada yang merasa bahagia dengan membahagiakan orang lain. Kadang-kala, orang yang suka membahagiakan orang lain ini seringkali memendam derita dalam bahagia kerana mereka seringkali membahagiakan orang, namun, orang tidak membahagiakan mereka. 

Melainkan jika mereka memang ikhlas membahagiakan orang tersebut dan berasa bahagia dengan perkara itu. Ini dinamakan pengorbanan, Contoh terdekat ialah kasih ibu kepada anak. Seorang ibu merasa bahagia membesarkan anak kandungnya sendiri. Walaupun dalam derita menanggung sakit mengandung, melahirkan dan membesarkan. Dalam hati mereka, tiada sekalumit pun rasa benci pada anak mereka walaupun mereka menanggung sakit-sakit tersebut, malah bahagia pula melihat anak mereka membesar. 

Inilah penerangan bagi Tweet P.C @PendakwahCute di atas. Rasa bahagia yang wujud dengan membahagiakan orang lain. Rasa ini 100% kasih sayang yang ikhlas, lain sekali dengan rasa untuk memiliki. Bezakan rasa cinta dan ingin memiliki. Jika benar-benar ikhlas mencinta, tidak akan ada rasa resah jika cintanya tidak berbalas. Namun jika rasa cintanya itu atas dasar pemilikan dan dasar dunia, pasti orang itu akan merasa resah kerana tidak memiliki perhatian dan kasih sayang orang yang mereka cintai tersebut. Dalam sebut kata yang mudah, mengharapkan rasa cinta yang berbalas. 

Ya, dan itu lah bezanya antara cinta dan rasa ingin memiliki. 

Keikhlasan.

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment